KUALA LUMPUR, 17 Jan — Seorang bekas pengarah Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan berpangkat Datuk hari ini
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Jenayah Rasuah, Negeri Sembilan, oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas pertuduhan
melakukan tujuh kesalahan memalsu dan menipu dokumen kenaikan pangkat.
Tertuduh Datuk Dr Noor Soeraya Norsham, 38, dalam pertuduhan pertama,
didakwa telah memberikan satu dokumen iaitu satu surat rujukan palsu
bertarikh 27 Februari 2009 kepada seorang pembantu tadbir di jabatan
berkenaan berhubung arahan kenaikan pangkat.
Dokumen berkenaan diserahkan dengan tujuan untuk mendapatkan
penyelarasan gaji dan pangkat ke Gred 48, sedangkan tertuduh sebenarnya
tidak pun dinaikkan pangkat tetapi masih memangku Gred G44 dan
menyebabkan tertuduh memperolehi secara salah RM39,536.90.
Tertuduh didakwa berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Negeri Sembilan pada 16 Mac 2009. Perkara ini merupakan suatu
kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah
Seksyen 24 Akta yang sama.
Bagi kesalahan kedua, Noor Soeraya juga didakwa menggunakan satu
dokumen iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 27 Februari 2009
berhubung perkara yang sama.
Tertuduh didakwa tahu pada waktu itu yang dia menggunakan dokumen
palsu untuk tujuan menipu. Tertuduh telah dituduh berbuat demikian di
Bahagian Pentadbiran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
pada 16 Mac 2009.
Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun
Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun yang sama.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah
memberikan kepada seorang pembantu tadbir di Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Negeri Sembilan suatu dokumen iaitu satu surat rujukan
bertarikh 28 Disember 2009 berhubung Arahan Memangku Jawatan Pegawai
Veterinar Gred G52 — Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Perkhidmatan
Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan
mendapatkan penyelarasan gaji dan elaun yang mana prinsipal tertuduh
mempunyai kepentingan Tertuduh sebenarnya tidak pun dinaikkan pangkat
tetapi masih memangku Gred G44 yang pada pengetahuannya adalah untuk
mengelirukan prinsipalnya menyebabkan tertuduh memperolehi secara salah
RM 5,013.82.
Tertuduh didakwa berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 5 Januari 2010.
Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Noor Soeraya juga dalam pertuduhan keempatnya didakwa menggunakan,
satu dokumen iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 28 Disember 2009
berhubung Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G53 — Khas
Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dikatakan tulen bagi menipu
Pembantu Tadbir jabatan berkenaan.
Tertuduh didakwa sedar pada waktu itu yang dia menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu.
Tertuduh telah dituduh berbuat demikian di Pejabat Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 5 Januari 2010. Perkara ini
merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh
dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama.
Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa telah memberikan satu
surat rujukan bertarikh 1 Julai 2010 berhubung Keputusan Urusan Kenaikan
Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 di Jabatan Perkhidmatan
Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan
selaraskan gaji dan elaun sedangkan tertuduh sebenarnya tidak pun
dinaikkan pangkat tetapi masih memangku Gred G44 yang pada
pengetahuannya adalah untuk mengelirukan prinsipalnya menyebabkan
tertuduh memperolehi secara salah RM5,764.86.
Tertuduh didakwa berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri tersebut pada 2 Julai 2010.
Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada
lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
Bagi pertuduhan keenam Noor Soeraya juga didakwa dengan sedar
menggunakan satu dokumen iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 1
Julai 2010 berhubung dengan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai
Veterinar Gred G48 ke Gred G52 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dikatakan tulen bagi
menipu Pembantu tadbir jabatan berkenaan.
Tertuduh telah dituduh berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 2 Julai 2010.
Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun
Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama.
Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa menggunakan sebagai tulen
satu dokumen iaitu satu surat rujukan bertarikh 31 Mac 2011 berhubung
Keputusan Pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke Gred G54, yang
dikatakan tulen bagi menipu jabatan berkenaan.
Tertuduh didakwa tahu pada waktu itu yang dia menggunakan dokumen palsu.
Soeraya dituduh berbuat demikian di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 12 April 2011.
Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun
Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.
Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Fairuz Bin
Johari, daripada SPRM Negeri Sembilan di hadapan Hakim Datin Nursinah
Adzmi manakala tertuduh diwakili oleh peguambela Syed Fadil Bin Syed
Othman dan Muhamad Faiz Bin Fadzil dari Syed Fadil & Co.
Hakim menetapkan ikat jaminan sebanyak RM 10,000 dengan seorang
penjamin yang mesti menjamin kehadiran tertuduh setiap kali kes
dibicarakan.
Hakim juga menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-pengarah-veterinar-negeri-hadapi-tujuh-tuduhan-menipu/
AsSakinah Agro Farm
Goat Farming & Aquaculture
Wednesday, February 22, 2012
JERAMI PADI - ANALISA KANDUNGAN
Monday, February 6, 2012
KELAHIRAN TERBARU 4 EKOR - FEB 2012
Assalamu'alikum wm wbkh
Berikut adalah gambar-gambar anak-anak kambing kami yang lahir sejak beberapa hari lepas iaitu dari 1 feb hingga 4 Febuari lepas berjumlah 4 ekor.
1. Anak kacukan Pejantan Boer FB dan Induk Feral
- lahir pada : 1 Feb 2012
- berat sewaktu lahir : ?
- status : Alhamdulillah.. sihat dan mampu menyusu sendiri dari induknya
2. Anak kacukan Pejantan Boer FB dan Induk Feral
- lahir pada : 1 Feb 2012
- berat sewaktu lahir : ?
- status : Alhamdulillah.. sihat tetapi perlu dibantu untuk menyusu sendiri dari induknya
3. Anak kacukan Pejantan Boer FB dan Induk Boer F4
- lahir pada : 1 Feb 2012
- berat sewaktu lahir : ?
- status : Alhamdulillah.. sihat dan mampu menyusu sendiri dari induknya
.
4. Anak kacukan Pejantan Boer FB dan Induk kampung (kacukan)
- lahir pada : 1 Feb 2012
- berat sewaktu lahir : ?
- status : Alhamdulillah.. sihat dan mampu menyusu sendiri dari induknya
Jadi, jumlah terkini kelahiran untuk bulan Januari / Feb adalah : 10 ekor
Jumlah anak yang lahir pada akhir 2011 (Nov / Dis 2011) : 8 ekor (setelah ditolak 1 ekor yang mati)
Alhamdulillah... saya dapati sejak akhir-akhir ini sebahagian besar dari anak-anak kambing yang dilahirkan adalah dalam keadaan sihat. Insyaallah, peluang untuk mencapai sasaran produktiviti 100% (dari jumlah induk sihat) bagi tahun 2012 ini adalah cerah.

Tuesday, January 31, 2012
KELAHIRAN DI AKHIR 2011
Assalamualaikum wm wbkh...
Di akhir tahun 2011, kami di Assakinah Agro Farm dikurniakan 9 ekor anak kambing, iaitu dari bulan November ke Disember 2011. Walau bagaimanapun, salah seekor darinya lahir dalam keadaan lemah dak tidak mampu berdiri. Ia mati 3 hari selepas dilahirkan. Jadi, jumlah yang lahir dan hidup sehingga tarikh ini adalah 8 ekor.

Sunday, January 29, 2012
KERJA-KERJA BAIKPULIH KANDANG KINI SELESAI
Assalamu'alaikum wm wbkh...
Alhamdulillah... kerja-kerja baikpulih rumah pekerja, kandang dan pagar telah pun selesai. Diharapkan dengan pengubahsuaian pada 'layout' kandang yang kami lakukan akan memudahkan kerja-kerja pengurusan kambing.
Tujuan kami adalah untuk memudahkan pekerja melepaskan kambing dengan pengawasan yang minima. Sebahagian kambing akan dilepaskan setiap hari di dalam kawasan berpagar tanpa pengawasan, kerana pagar kami kini tidak lagi dapat dibolos keluar. Manakala sekumpulan kambing lagi akan dilepaskan ke kawasan luar yang tak berpagar dengan diawasi oleh pekerja, apabila keadaan mengizinkan.

| Pandangan sisi sebahagian dari kandang yang telah mengalami ubahs |
Monday, January 23, 2012
WORK IN PROGRESS
Gambar-gambar semasa kerja-kerja ubahsuai sedang dijalankan di ladang Assakinah Agro Farm ...
Kerja-kerja baikpulih dan ubahsuai rumah pekerja sudah hampir siap
Petak bagi kambing sakit dan bunting/beranak kini dibuat dengan saiz lebih besar supaya lebih lapang
Petak mengawan utama juga dibesarkan, kini bersaiz kira-kira 20 ,kaki x 30 kaki untuk membolehkan induk kambing bebas bergerak sekaligus melakukan aktiviti 'bersenam' supaya lebih cergas dan sihat
Pagar juga dibaikpulih dengan tambahan plat zink tepakai untuk mengelakkan kambing bolos keluar. Pagar yang sempurna membolehkan kambing dilepaskan dengan 'aman' supaya dapat melakukan aktiviti 'jasmani' di samping meragut rumput
Thursday, January 19, 2012
AZAM 2012
Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua...
Di bawah ini saya paparkan sekeping gambar yang diambil pada 11 hb Januari lepas. Gambar ini membawa makna kepada saya kerana ia menggambarkan azam baru saya bagi tahun baru 2012.
Gambar ini menunjukkan rumah pekerja di ladang Assakinah Agro Farm yang sedang dibaikpulih dan diperbesarkan sedikit daripada saiz asalnya.
Berita selanjutnya akan menyusul kemudian, insyaallah....

Tuesday, January 17, 2012
Bekas pengarah veterinar negeri hadapi tujuh tuduhan menipu
Oleh Mohd Farhan Darwis
January 17, 2012
Sunday, January 1, 2012
PERSOALAN USIA KAMBING BAKA BOER UNTUK TUJUAN AQIQAH DAN QURBAN
JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
BIL 1/1430
7 Rejab 1430H
30hb Jun 2009M
__________________
Kambing jenis baka Boer berumur 1 tahun boleh dijadikan binatang qurban dan aqiqah. Ini kerana ianya memenuhi syarat telah tanggal gigi hadapannya, mempunyai badan yang besar dan telah matang.
Sumber : Portal Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus
http://www.muftins.gov.my/component/content/article/41-keputusan-mesyuarat-fatwa/276-hukum-aqiqah-dan-qurban-menggunakan-kambing-jenis-baka-boer
Sunday, August 28, 2011
SELAMAT MENYAMBUT 'EIDUL FITRI
Assalamu'alaikum wm wbkh!
InsyaAllah kita akan menyambut Eidul Fitri tak lama lagi, kemungkinan besar pada hari Selasa ini, iaitu 30 Ogos 2011.
Kami di Assakinah Agro Farm mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri pada semua pengunjung blog ini khasnya dan kepada semua umat Islam amnya.
Semoga kita berjaya menghabiskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada dengan pengisian yang bermakna. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu memberi kita seribu keberkatan dari sisi Allah, dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!!!
Thursday, August 25, 2011
Musim Kelahiran Baru Ogos 2011
Assalamualaikum wm wbkh!
Sudah agak lama sangat saya tidak membuat 'update' pada blog ini dengan berita dan maklumat bermakna. Pada musim kelahiran lepas yang bermula dari Januari 2011 sehingga April 2011, kami mendapat 28 ekor anak-anak kambing baru. Walau bagaimanapun, 4 ekor telah mati. Jadi, baki yang masih hidup sehingga ke hari ini adalah 24 ekor.
Sejak 2 minggu lepas, iaitu bermula dari 10 Ogos, kumpulan kedua induk kambing kami yang bunting telah mula melahirkan anak. Kali ini agak menarik sedikit kerana 4 ekor darinya beranak kembar, manakala seekor induk Boer pula melahirkan anak 3. Baki 17 ekor lagi hanya beranak tunggal. Jadi, jumlah yang lahir setakat ini pada musim kelahiran kali ini adalah 28 ekor. Walau bagaimana pun, 3 darinya lahir dalam keadaan lemah dan telah mati beberapa hari selepas dilahirkan.
Dari itu, jumlah anak kambing yang kami dapati kali ini adalah 25 ekor.
InsyaAllah saya akan 'update' lagi nanti beserta gambar-gambar sekali.....

Sunday, July 31, 2011
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK
Assalamu'alaikum wm wbkh!
Kami di Assakinah Agro Farm mengucapkan kepada pengunjung semua selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sama-samalah kita berusaha untuk menambah amal ibadat kita di bulan yang mulia ini, dan semoga kita semua mendapat keredhaan Allah swt.

Wednesday, February 23, 2011
Musim Kelahiran 2011 ... 4 Ekor Lagi Lahir
Assalamu'alaikum wm wbkh!
Alhamdulillah kami di AsSakinah Agro Farm menerima kehadiran 4 ekor lagi cahaya mata baru, 2 ekor pada 21 Feb, manakala 2 ekor lagi pada 22 Feb. Ini menjadikan jumlah kelahiran sebanyak 8 ekor pada tahun 2011 ini.
Berat minima anak-anak kambing yang lahir pada tahun 2011 ini adalah 3.0kg manakala berat maksima pula adalah 3.8kg. Suatu pencapaian yang sangat baik.... Alhamdulillah......

Gambar-gambar atas - seekor anak yang lahir pada 2 Feb ini seberat 3.8kg, Alhamdulillah... agak berat dan sihat wal'afiat. Induknya adalah seekor koplo manakala bapaknya adalah pejantan Boer Fullblood
Untuk lapuran selanjutnya sila layari blog jomternakkambing.blogspot.com atau klik di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)