Sabtu, 3 Disember 2016

PEMANDANGAN DI DALAM RUMAH PELINDUNG HUJAN (RPH)




Khamis, 1 Disember 2016

URBAN FARMING

Assalamualaikum wm wbt ...

Seronok tengok aktiviti urban farming yang dijalankan oleh keluarga ni.


Boleh baca kisah mereka di link berikut:

http://inhabitat.com/this-family-produces-6000-pounds-of-food-per-year-on-4000-square-feet-of-land/

Sabtu, 19 November 2016

JUALAN DI PASAR TANI DIHENTIKAN SEMENTARA

Aktiviti jualan di Pasar Tani FAMA Tmn Melawati terpaksa kami hentikan buat sementara waktu sehingga permohonan untuk mendapatkan tapak kekal di luluskan oleh pihak pengurusan FAMA. Kami dijangka memulakan kembali aktiviti jualan selewat-lewatnya pada bulan Mac 2017 nanti.




Sabtu, 12 November 2016

JUALAN DI PASAR TANI

Kami mula mengadakan jualan anak-anak pokok tin di Pasar Tani FAMA Taman melawati bermula pagi ni, 12 November 2016, dengan menumpang di tapak kepunyaan seorang rakan, Ini sekadar usaha percubaan kami sebelum kami memohon tapak tetap di Pasar Tani tsb.

Berikut adalah gambar-gambar semasa jualan pagi tadi.




Isnin, 7 November 2016

Rabu, 2 November 2016

PELBAGAI VARIETI BUAH TIN MASAK DI LAMAN KAMI ... LAMAN TIN MASTIKA





Sabtu, 22 Oktober 2016

RPH ke2

Kami telah memulakan pembinaan bumbung pelindung hujan (RPH) ke2 di koridor di aras satu rumah kami. ... Alhamdulillah, bumbung tu kini dah siap dipasang.
Nanti bolehlah dipindahkan sebhg pohon2 tin yg duduk bersesak dlm mini RPH satu, insyaallah





















Ahad, 10 Julai 2016

Assalamualaikum wm wbt ...

Sejak menceburi bidang penanaman pokok tin pada awal November 2015, saya telah menambah secara beransur-ansur pelbagai varieit anak-anak pokok tin. Kini tapak penanaman pokok tin kami sudah dilengkapi rumah pelindung hujan mini.






Di Laman Tin Mastika, kami menanam pelbagai varieti pokok tin untuk tujuan pembuahan dan penjualan anak-anak pokok.

Bagi sesiapa yang berminat untuk melawat laman tin kami, sila hubungi kami di talian 019-2231507 

Jumaat, 13 Mei 2016

BUMBUNG PELINDUNG HUJAN DAH SIAP

Alhamdulillah, pemasangan bumbung polikarbonat untuk melindungi pokok-pokok tin kami dari hujan kini telah selesai. Pokok=pokok tin pun dah siap disusun kembali.



Khamis, 3 Mac 2016

PEMASANGAN BUMBUNG PELINDUNG HUJAN  POLIKARBONAT

Kami membuat keputusan untuk memasang bumbung pelindung hujan bagi pokok-pokok tin kami. Pemasangan rangka besi untuk bumbung telah bermula beberapa hari lepas dan berjalan lancar.



Pokok-pokok tin kami dipindahkan dahulu buat sementara ke kawasan porsch kereta.

TENA MASAK LAGI

Alhamdulillah ... Hari ni dapat lagi merasa sebiji buah tin masak dari variety Tena hasil dari laman kami. 
Memang manisssss....
Belah dua kongsi dgn isteri ...kikikikii






Rabu, 2 Mac 2016

BUAH PERTAMA MASAK DI LAMAN KAMI

Alhamdulillah... Buah2 tin dari varietI Tena dah mula masak ...first time dpt merasa buah yg masak dari laman sendiri. 
Masak di pokok... pecah di mulut... hancur dlm perut.







Isnin, 8 Februari 2016

SISTEM FERTIGASI

Cuti Hari Raya Cina ni kami menafaatkan dengan menyiapkan sistem pengairan ala fertigasi untuk pokok-pokok tin kami.