Jumaat, 9 Mei 2008

Jualan Borong Koplo Betina

Salam semua...



stok kambing Koplo dari Indonesia yang kami bawa masuk lebih 6 bulan lalu kini telah sedia untuk dijual. Kambing-kambing tersebut kini dalam keadaan sihat dan telah mengalami penyesuaian dengan keadaan tempatan, Insya'Allah.



Ciri-ciri kambing:

Umur dari 9-12 bulan
Berat purata melebihi 20kg
Harga RM5,500 untuk 10 ekor / RM11 ribu untuk 20 ekor


Bilangan yang masih berbaki untuk dijual adalah 30 ekor.

Isnin, 5 Mei 2008

Induk Betina Anglo-Nubian Kacukan

Salam semua...


tawaran terbaru dari AsSakinah Agro Farm adalah induk betina Anglo-Nubian/kampung kacukan yang berusia lebih 2 tahun dan kebanyakannya pernah beranak sekali. Berat anggaran adalah dari 25-35kg.


Induk ini sangat sesuai untuk dikahwinkan dengan Boer Fullblood untuk menghasilkan anak Boer. Kami mempunyai sampel anaknya yang berwarna putih dan berkepala coklat (lihat foto), anak ini boleh dilihat di kandang kami.


Stok adalah terhad, dan tempahan awal dialu-alukan. Harga untuk jualan borong bermula dari RM500 seekor ke atas.