Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Tuesday, April 1, 2008

Benih Rumput Napier Taiwan

Salam pengunjung semua...

Sesiapa yang ingin membeli benih (dari batang) rumput Napier Taiwan, sila hubungi kami di 019-2231507 (Suhaimi) untuk membuat tempahan. Harga tawaran RM80 satu guni (kira-kira 20kg). Benih adalah dari batang yang sudah siap dipotong kira-kira 4 inci panjang, dengan 2 atau 3 ruas yang sudah mula berakar.



Rumput Napier Taiwan yang ditanam di Ladang asSakinah Agro Farm



Benih rumput Napier Taiwan dijual dengan harga RM80 seguni

(Nota: Untuk keluasan satu perempat ekar, anda memerlukan kira-kira 8 guni benih Napier)

Untuk keluasan tanah yang lebih besar, kami cadangkan anda membuat tempahan pukal, iaitu satu lori. Sila hubungi kami bagi merundingkan harga dan penghantaran.


Cara menanam benih rumput Napier

Kawasan tanah yang hendak ditanam rumput Napier haruslah dipersiapkan dengan batas-batas, dengan tanahnya digembur dan dibajakan secukupnya. Tanah haruslah cukup lembab sewaktu rumput hendak ditanam serta di awal proses pertumbuhannya.



Benih rumput Napier Taiwan diambil dari batang rumput yang telah matang, berusia melebihi 4 bulan di mana batangnya sudah keras. Batang ini dipotong sepanjang kira-kira 6 inci setiap satu, dan direndam di dalam air sehingga akarnya mula tumbuh. Setelah itu batang yang telah berakar tadi ditanam secara mendatar di dalam tanah.

Pastikan tanah sentiasa lembab di awal proses pertumbuhan, dan dibajakan secukupnya.




Teknik menanam benih rumput Napier Taiwan



AWAS!!! Terdapat pelbagai spesis rumput Napier di negara kita yang kelihatan hampir serupa. Sebahagiannya tumbuh secara liar di tepi sungai dan di tepi jalanan. Spesis Napier Taiwan merupakan yang terbaik bagi ternakan ruminan kerana kandungan protin yang tinggi. Di samping itu batangnya lembut dan tidak berbulu/bersisik, memudahkan kambing memakannya tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mulut.

2 comments:

hotborders said...

Biasanya, berapa lamakah anak kambing boleh diasingkan dari induknya selepas lahir? Untuk rumput Napier, berapa lamakah rumput ini akan membesar sehingga boleh dituai?

As-Sakinah Agro Farm said...

Anak kambing boleh mula diasingkan apabila berusia 2 - 3 bulan, tapi beri tempoh 1 bulan untuk membiasakan diri hidup berdikari. Rumpur Napier yang baru ditanam perlu masa 3-4 bulan untuk membesar secukupnya sebelum boleh dituai. Selepas itu, boleh dituai setiap 6 minggu. Bagaimanapun faktor kelembapan tanah dan pembajaan perlu diambil perhatian.