Rabu, 15 Oktober 2008

Pakej Pembakaan Boer

Kami di AsSakinah Agro Farm telah membuka kembali tawaran bagi Pakej Pembakaan Boer iaitu seperti berikut:
(Nota : Sila klik di sini untuk mendapatkan penerangan mengenai Pakej ini)


1. Pakej Boer FB/Induk Feral
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
10 ekor Induk Feral berusia kira-kira 12-15 bulan
Harga: RM9ribu

2. Pakej Boer FB/Induk Koplo
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
20 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 10-12 bulan
Harga: RM15ribu

3. Pakej Boer FB/Induk Koplo
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
20 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 12-15 bulan
Harga: RM16ribu

4. Pakej Boer FB/Induk Koplo

1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 30bulan
20 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 18-24 bulan
Harga: RM17,500

Untuk pembelian dengan kuantiti besar (lebih dari 1 pakej), harga masih boleh dirunding).

Berminat sila hubungi kami di 019-2231507 (Suhaimi)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum,
En. Shuhaimi, saya berminat untuk projek penternakan kambing. dengan modal permulaan saya RM25,000.00, sila encik bagi rangka projek yang sebaiknya untuk saya. ini termasuk kos untuk kandang, tanaman rumput, penjagaan sehingga baka yang perlu saya adakan. saya mempunyai 2 ekar tanah yang sedang dalam pembersihan.
saya akan hubungi en. bila perlu nanti. no tel saya 017 988 9800 -zaini aziz

As-Sakinah Agro Farm berkata...

Wsalam En. Zaini,
penternakan kambing merupakan pelaburan jangka panjang dan memerlukan modal yang agak besar. Jika encik bercadang memulakan dengan RM25k, saya cadangkan encik jimatkan kos sebanyak mungkin untuk perbelanjaan kandang dan infrastruktur. Gunakan semaksima mungkin untuk membeli baka. Mungkin encik perlu membina kandang dengan tenaga sendiri dan bantuan rakan-rakan, dan dapatkan kayu-kayu terpakai untuk kandang. Juga menanam rumput Napier sendiri tanpa mengupah orang lain. Penanaman rumput Napier adalah penting sebelum membeli baka kerana ini dapat menjimatkan kos pemakanan.

Sekian, t/k.