Jumaat, 17 Februari 2017

Rabu, 15 Februari 2017

PELAJAR LATIHAN PRAKTIK DIALU-ALUKAN DI TAMAN MELATI, SETAPAK, KL

Kami mengalu-alukan mana-mana pelajar universiti atau kolej dalam bidang pertanian yang berminat menjalani latihan praktik di tempat kami.
Berminat sila hubungi 019-2231507  Hj Suhaimi.






Selasa, 14 Februari 2017

PROGRAM MENGETUT (AIR LAYERING)

Hari ni kami mengadakan program mengetut batang-batang pokok tin di laman kami untuk menghasilkan anak-anak pokok. Aktiviti mengetut atau air layering ini dilakukan oleh Basri Jailan. Beliau adalah seorang yang saya anggap pakar dlm kerja-kerja ini.




Selasa, 7 Februari 2017

PERTANIAN BANDAR @ URBAN FARMING DI LAMAN MASTIKA - POKOK TIN, SAYURAN DAN HERBA

Di Laman Mastika, kami menerapkan konsep pertanian bandar dengan cuba menggunakan setiap inci ruang yang ada untuk penanaman.

Sayur kailan



Isnin, 6 Februari 2017

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN RPH

Rumah Pelindung Hujan kami sering dibolosi tupai tanah. Depa dok masuk curi makan buah-buah tin kami. Selain dari memasang perangkap yang tak selalunya berkesan, kena la juga berikhtiar menutup mana2 lubang yg boleh depa bolosi.




Rabu, 1 Februari 2017

ANCAMAN TUPAI TANAH

Jangan disangka di taman perumahan tak ada ancaman tupai. Di Laman Mastika, kami sering diancam oleh serangan tupai tanah. Jadi kenalah kami cari jalan untuk atasi masaalah ini. Antara usaha yang kami lakukan adalah memasang perangkap.







Inilah antara tupai tanah yang berjaya kami tangkap.


Sabtu, 28 Januari 2017

PERTANIAN BANDAR @ URBAN FARMING DENGAN KAEDAH SIRAMAN FERTIGASI

Siraman air dan pembajaan menggunakan kaedah fertigasi adalah sangat sesuai dengan konsep pertanian bandar @ urban farming. Ianya membolehkan kuantiti air dan baja diberikan secara optimum kepada tanaman pada masa yang sesuai menggunakan pam yang dikawal oleh "timer". Di samping menjimatkan tenaga buruh, kaedah fertigasi yang mengoptimumkan pemberian air dan baja, juga dapat mengelakkan pembaziran bahan-bahan ini.


Tong-tong air dan baja AB yang dilengkapi pam bermotor
.
Timer yang mengawal pam ... menentukan masa dan tempoh siraman air dan baja

Paip pengairan 16 mm

Selasa, 17 Januari 2017

LAMAN TIN MASTIKA PERLUKAN PEMBANTU PART TIME

Ada sesiapa yang berminat untuk menjadi pembantu bagi kerja-kerja berkebun di laman tin kami secara part time?
Sila hubungi 019-2231507 Hj Suhaimi





Sabtu, 3 Disember 2016

PEMANDANGAN DI DALAM RUMAH PELINDUNG HUJAN (RPH)




Khamis, 1 Disember 2016

URBAN FARMING

Assalamualaikum wm wbt ...

Seronok tengok aktiviti urban farming yang dijalankan oleh keluarga ni.


Boleh baca kisah mereka di link berikut:

http://inhabitat.com/this-family-produces-6000-pounds-of-food-per-year-on-4000-square-feet-of-land/

Sabtu, 19 November 2016

JUALAN DI PASAR TANI DIHENTIKAN SEMENTARA

Aktiviti jualan di Pasar Tani FAMA Tmn Melawati terpaksa kami hentikan buat sementara waktu sehingga permohonan untuk mendapatkan tapak kekal di luluskan oleh pihak pengurusan FAMA. Kami dijangka memulakan kembali aktiviti jualan selewat-lewatnya pada bulan Mac 2017 nanti.




Sabtu, 12 November 2016

JUALAN DI PASAR TANI

Kami mula mengadakan jualan anak-anak pokok tin di Pasar Tani FAMA Taman melawati bermula pagi ni, 12 November 2016, dengan menumpang di tapak kepunyaan seorang rakan, Ini sekadar usaha percubaan kami sebelum kami memohon tapak tetap di Pasar Tani tsb.

Berikut adalah gambar-gambar semasa jualan pagi tadi.