Sabtu, 20 Oktober 2012

ESCAS Perlu atau Tidak?

Assalamualaikum Rakan Penternak...

Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat yang berkaitan dengan piawaian baru yang ditetapkan oleh kerajaan Australia berkenaan dengan proses import/eksport haiwan ruminan yang disebut sebagai ESCAS.Infor ini saya kongsi dari pengimport ruminan Major Transglobal.
Saya yakin rakan penternak lain juga ade menerbitkan artikel yg berkaitan.Lebih banyak input dari pengguna dan penternak lagi banyak cabang dan informasi yang kite buleh diskussi.Layan...



PERATURAN BARU PENGIMPOTAN RUMINAN DARI AUSTRALIA
 
Ekoran beberapa kes penganiayaan kepada ternakan seperti yang di war-warkan oleh NGO Australia yang sangat berpengaruh ia itu RSPCA dan Animals Australia (The Voice For Animals), satu kempen dinamakan Ban Live Export telah dilancarkan secara besar-besaran bagi menghalang ekspot ternakan hidup dari Austr...
alia. Video gambaran penganiayaan ternakan seperti yang berlaku di Indonesia pada Mei 2011, telah mencetuskan satu desakan yang telah memaksa kerajaan Australia mengenakan penggantungan sementara ekspot ruminan kenegara tersebut pada Jun 2011. Australia mengekspot sebanyak 694,429 ekor lembu hidup pada tahun 2011 (jatuh 21% berbanding 2010) bernilai AUD 629.4 juta. Indonesia merupakan pengimpot lembu hidup terutama untuk tujuan sembelihan/fidlot terbesar Australia dengan jumlah 413,359 ekor pada 2011 bernilai AUD 275.6 juta. Jumlah tersebut jatuh secara nyata berbanding tahun 2010 disebabkan penggantungan sementara ekspot selama 3 bulan pada tahun 2011.

Selain dari Indonesia, banyak bukti-bukti lain penganiayaan terhadap haiwan ternak diperolehi dan perkara tersebut amat dipandang serius oleh pihak Australia untuk melakukan sesuatu dan pada masa yang sama tidak menjejaskan industri yang memberi pekerjaan kepada lebih kurang 10,000 orang warganya.
Dari segi jumlah ternakan hidup yang diekspot, biri-biri merupakan ternakan yang terbanyak, dimana pada 2010 sebanyak 2.8 juta biri-biri Australia diekspot , bernilai AUD 333 juta, terutama ke Timur Tengah dengan didahului oleh Kuwait sebanyak 1,153,765 ekor, menyumbang 40% dari jumlah export, diikuti oleh Bahrain (15%), Turkey (14%), Qatar (11%) Jordan (7%) dan lain-lain, termasuk Malaysia.