Jumaat, 10 Ogos 2007

Ladang Kambing AsSakinah Agro Farm

Kami membekal kambing pelbagai baka tulen dan kacukan untuk tujuan penternakan. Pada tarikh ini terdapat stok baka Boer betina F3, Jamnapari kacukan betina dari Indonesia dalam 2 peringkat umur iaitu dara sekitar 6 bulan dan induk 10 - 12 bulan. Juga terdapat induk dari baka Anglo-Nubian kacukan Thailand berumur di antara 20 - 24 bulan, dsb. Kambing-kambing induk ini sebahagiannya sedang mengandung. Pelawat adalah dijemput melawat kandang kami untuk melihat baka tersebut.

Sila berhubung dengan pihak kami untuk perbincangan mengenai harga. Secara umumnya, harga adalah bergantung kepada kuantiti pembelian, manakala penghantaran boleh diuruskan oleh pihak kami.