Ahad, 28 Oktober 2012

Padang Ragut Baru..

Assalamualaikum semua....Masih belum terlambat untuk kami dari pihak ladang assakinah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam di Malaysia...

Entry kali ini sedikit sebanyak berkaitan dengan pembaik pulih kawasan padang ragut ladang assakinah...

Ladang Asskinah telah membesarkan kawasan padang ragut untuk kambing kami bagi memberi kambing-kambing kami keselesaan untuk bermain dan menghabiskan masa sepanjang hari.

Ini juga baik bagi kambing-kambing Feral kami untuk menghilang stress yang masih ada setelah melalui perjalanan yang jauh dari bumi australia.

Di bawah adalah sedikit sebanyak gambar-gambar yang kami ambil dari ladang kami yang tak seberapa...
Tengok jgn tak tengok...hahah...

Pandangan dari belakang..

Laluan terus ke padang ragut dari kandang...

Feral yang dilepaskan..Tinggal 3 untuk dijual...

Anak kambing tgh posing..

Induk betina yg bunting...



Freedom...

Salam,
Ladang Asskinah Hulu Langat


Author: Mohd Amzari

Selasa, 23 Oktober 2012

Lame tak update pasal kandang dan kambing-kambing di ladang kami...

Anak-anak kambing kami pun dah semakin membesar dgn sihat dan cergas...
Induk betina pulak rata-ratanya sudah bunting...
InsyaAllah...tiba lagi musim kelahiran akan datang...Amin..



Anak kambing cross boer x buck

Anak kambing cross boer x jamnapari


Induk feral yg bunting...

Bersambung.....

Author: Mohd Amzari

Sabtu, 20 Oktober 2012

ESCAS Perlu atau Tidak?

Assalamualaikum Rakan Penternak...

Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat yang berkaitan dengan piawaian baru yang ditetapkan oleh kerajaan Australia berkenaan dengan proses import/eksport haiwan ruminan yang disebut sebagai ESCAS.Infor ini saya kongsi dari pengimport ruminan Major Transglobal.
Saya yakin rakan penternak lain juga ade menerbitkan artikel yg berkaitan.Lebih banyak input dari pengguna dan penternak lagi banyak cabang dan informasi yang kite buleh diskussi.Layan...



PERATURAN BARU PENGIMPOTAN RUMINAN DARI AUSTRALIA
 
Ekoran beberapa kes penganiayaan kepada ternakan seperti yang di war-warkan oleh NGO Australia yang sangat berpengaruh ia itu RSPCA dan Animals Australia (The Voice For Animals), satu kempen dinamakan Ban Live Export telah dilancarkan secara besar-besaran bagi menghalang ekspot ternakan hidup dari Austr...
alia. Video gambaran penganiayaan ternakan seperti yang berlaku di Indonesia pada Mei 2011, telah mencetuskan satu desakan yang telah memaksa kerajaan Australia mengenakan penggantungan sementara ekspot ruminan kenegara tersebut pada Jun 2011. Australia mengekspot sebanyak 694,429 ekor lembu hidup pada tahun 2011 (jatuh 21% berbanding 2010) bernilai AUD 629.4 juta. Indonesia merupakan pengimpot lembu hidup terutama untuk tujuan sembelihan/fidlot terbesar Australia dengan jumlah 413,359 ekor pada 2011 bernilai AUD 275.6 juta. Jumlah tersebut jatuh secara nyata berbanding tahun 2010 disebabkan penggantungan sementara ekspot selama 3 bulan pada tahun 2011.

Selain dari Indonesia, banyak bukti-bukti lain penganiayaan terhadap haiwan ternak diperolehi dan perkara tersebut amat dipandang serius oleh pihak Australia untuk melakukan sesuatu dan pada masa yang sama tidak menjejaskan industri yang memberi pekerjaan kepada lebih kurang 10,000 orang warganya.
Dari segi jumlah ternakan hidup yang diekspot, biri-biri merupakan ternakan yang terbanyak, dimana pada 2010 sebanyak 2.8 juta biri-biri Australia diekspot , bernilai AUD 333 juta, terutama ke Timur Tengah dengan didahului oleh Kuwait sebanyak 1,153,765 ekor, menyumbang 40% dari jumlah export, diikuti oleh Bahrain (15%), Turkey (14%), Qatar (11%) Jordan (7%) dan lain-lain, termasuk Malaysia.