Ahad, 15 Jun 2008

June Sales - Updated!! 200 Ekor Kambing Untuk Dijual

Salam semua...

Untuk bulan Jun ini, AsSakinah Agro Farm menawarkan hampir 200 ekor kambing-kambing terpilih untuk dijual. Ia terdiri dari kambing baka untuk penternakan dan kambing jantan untuk akikah. Kumpulan ini merupakan kambing-kambing terpilih (berkualiti tinggi) dari stok keseluruhan kambing yang kami import, telah diberi pelbagai rawatan yang perlu, dan diberi makan secara intensif untuk memulihkan keadaan mereka dan mempercepatkan penyesuaian dengan persekitaran baru negara kita. Insya'Allah semuanya dalam keadaan sihat.

Sebahagian dari stok kambing ini telah berada di kandang kami sejak lebih 2 bulan lalu, dan Insya'Allah telah sesuai sepenuhnya dengan persekitaran tempatan.

Bagi kambing baka kami menawarkan induk dari baka Jamnapari 15 ekor (RM900 ke atas), Jamnapari kacukan 20 ekor (RM650 ke atas), Koplo 100 ekor (RM500 ke atas) dan 20ekor Boer f3/f4 dara (RM1,200). Baka jantan pula adalah Boer Fullblood dengan sijil dan Pejantan kacukan Jamnapari/Boer.


Contoh Jamnapari induk berusia kira-kira 1 tahun..



Stok Jamnapari kacukan dara, berusia dari 15 hingga 16 bulan


Stok koplo dara berusia berjumlah kira-kira 100 ekor dari 8 bulan ke atas.





Stok Boer F4 dara berusia 8 bulan ke atas, kuantiti terhad kira-kira 20 ekor sahaja.



Untuk akikah, kami menawarkan feral bersaiz besar/Super (40-45 kg) berharga (borong) RM550 seekor dan kambing kampung Indonesia (22-28kg) berharga RM480 seekor. Penjualan borong kambing akikah adalah berdasarkan tempahan

Kambing Feral jantan untuk akikah



Kambing kampung kacukan jantan dari Indonesia untuk akikah


Berminat hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi).