Jumaat, 30 November 2012

Kandang Experiment Fodder Solution

Assalamualaikum....

Untuk pengetahuan semua..bebehari sebelum MAHA bermula..kami dari pihak ladang assakinah ade membuat lawatan ke kandang experiment ataupun kandang ujikaji ternakan kambing yang 100% makan menggunakan rumput barli hydroponik di Sepang...ataupun sekarang popular dgn name Fodder Solutions...

Dari pemerhatian kami...rumput barli ini sangat bagus,bersih daripada kotoran persekitaran luaran dan juga bebas dari segi ancaman kuman atau cacing yg hidup di permukaan rumput itu sendiri...di banding kan dgn rumput yg di tanam di luar..

Ini adalah kerana,rumput ini dijaga dari segi kualitinya,keamatan cahaya fotosintesinya dan juga tahap kelembapannya di dalam sebuah kontena khas untuk tujuan pertumbuhan yg hanya memakan masa selama 6 hari...

Bagi pendapat kami...jika penternak-penternak di luar sana yg menghadapi masalah seperti tidak mempunyai tanah,kawasan ternakan selalu banjir,rumput tidak cukup,rumput selalu dicemari...oleh yg demikian teknologi fodder solution ini adalah jawapan kepada masalah tersebut..Sebuah unit Fodder Solutions yang berkapasiti pengeluaran antara 100 kg (T24) hingga 435 kg (T108) sehari ...bnyk tuh

hahah..formal sgt lah bunyi nye ni....maklum lah barang mahal...

Bagi yang bercadang utk melihat secara dekat dan mendapatkan maklumat lebih lanjut dari segi kandungan nutrien...kos dan lain2..buleh laa kunjungi ke MAHA 2012...di booth MTG Agritrade...dan bagi yg bercadang untuk beli..buleh hubungi En Nordin Mat di talian 0123791239...jgn lupe bg tahu En Nordin ini yg no dia dpt daripada ladang assakinah...InsyaAllah buleh laa dia bagi diskaun skit...

Layan snapshot dibawah yer..


Kambing-kambing boer baru diberi makan rumpur barli


Nampaknya semua berselera


100% rumput barli...

Ladang Assakinah masih lagi membuat ujikaji kos berkaitan dgn teknologi fodder solution ini..insyaAllah tahun depan kalau budget sume ok...buleh laa order satu...

Wassalam,
Mohd

Khamis, 29 November 2012

Facebook Ladang Assakinah

Assalamualaikum semua....

Untuk makluman Ladang Asskinah telah pun mendaftarkan diri ke laman maya yg terkenal akhir-akhir ni...iaitu laman web Facebook...

Disebabkan ramai yg menghantar email kepada kami supaya informasi atau jualan dari ladang kami juga dimuatkan di dalam facebook yg lebih dikatakan lebih effektif dan lebih menarik kepada pengguna-penguna sekalian.

Informasi dari facebook juga lebih cepat sampai kepada pengguna atau pembeli-pembeli kambing di luar sana...

Oleh yang demikian....selalu-selalu lah kunjungi laman web facebook kami di Ladang Assakinah untuk informasi-informasi terkini yer...







Sila likes:Ladang Assakinah di Facebook kami...

Terima Kasih..
Mohd



Rabu, 21 November 2012

Kambing Akikah

Assalamualaikum wm wbkh... 

Tawaran kambing untuk ibadat akikah:
Harga dari RM750 dan ke atas (bergantung pada saiz).
Perkhidmatan sembelihan dan melapah juga disediakan.
Stok kambing boleh dilihat di ladang kami di Hulu Langat bagi yang ingin pilih sendiri...

Kambing Feral kami sihat dan 100% dilepaskan di padang ragut yang kami sediakan..Ini adalah penting bagi kambing Feral untuk menyesuaikan diri di persekitaran baru,cuaca baru setelah jauh merantau dari bumi Australia...

Bagi yang merancang untuk tempahan awal bagi tujuan akikah di kemudian hari juga di alu-alukan...

Berminat hubungi 0132584475 (En Salleh)...



Padang Ragut kami tempat kambing bermain...


4 musketeers....

Bersedia untuk turun padang...




Salam..
Mohd

Selasa, 20 November 2012

BANTULAH GAZA !!!

Assalamualaikum wm wbkh pengunjung semua ...
Rakyat Palestin sentiasa di hati kita. Sama-samalah kita menyumbang  kepada perjuangan saudara kita rakyat Palestin menentang kekejaman Zionis Yahudi laknatullah.

Sumbangan boleh dibuat melalui NGO seperti AQSA SYARIF


Dalam pada itu, jangan lupa memboikot syarikat-syarikat yang menyumbang kepada Yahudi seperti McDonalds ... kalau kita tak mampu berjihad menentang Zionis di medan perang, sekurang-kurangnya berjihadlah menentang nafsu makan kita dengan memboikot produk makanan yang menyumbang kepada negara Yahudi seperti McDonalds. 


Kenapa perlu boikot McD Malaysia?
Sebab sebagai 'franchisee', McD Malaysia perlu membayar yuran francais bagi setiap cawangan mereka kepada McD Amerika yang merupakan 'franchisor', yang seterusnya menyumbangkan keuntungan perniagaan mereka kepada Israel.


Jangan lupa menyumbang kepada perjuangan saudara kita rakyat Palestin dengan apa cara sekalipun. Janganlah kita hanya menjadi pemerhati ssemata-mata.... berbuatlah sesuatu agar kita 'ada jawapannya'  bila berhadapan dengan Allah di 'sana' nanti.


Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Kami dari ladang Assakinah ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434H...

Semoga tahun baru ini kite semua mendapat rahmat dan keberkatan rezeki yang berkat di sisi Allah swt..
serta tahun ini memberikan yang terbaik buat semua. Teruskan perjuangan mencukupkan kewajipan sebagai khalifah di muka bumi ini dan semoga Allah s.w.t menerima segala amalan kita.
dan dapat diperbaikkan amalan dari sehari2 ke sehari.Mulakan tahun yang baru dengan Niat  dan Azam yang baru untuk semua...

Wassalam..
Mohd/Suhaimi

Khamis, 8 November 2012

Cuaca tidak menentu...dan Kambing untuk Dijual

Assalamualaikum semua...

Sejak kebelakangan ini cuaca di kawasan Hulu Langat memang tidak menentu....panas di pagi hari...hujan di sebelah petang dan begitu lah dari hari ke hari...

kambing-kambing pun dah bosan asyik duduk di kandang jer...tp hari ni memang panas terik..buleh laa di lepas di padang ragut...termasuk kambing feral yang memang tak nak masuk kandang langsung...

hari yang panas ini juga baik untuk dibaik pulih mana2 kayu yg perlu ditukar dan sedikit sebanyak ubahsuai supaya kandang sentiasa baik dan kemas...

Untuk makluman Ladang assakinah sentiasa dibuka untuk jualan kambing Feral jantan dan jugak anak-anak kambing betina pun kami bersedia untuk di jual...

kalau buleh dtng tgk dulu..pilih sendiri..baru puas hati...okay...selamat sume...

Kambing Feral untuk dijual..kecik ada besar pun ada...


Pekerja yg tgh baiki tangga kandang...

Kambing-kambing dilepaskan bila cuaca panas...

Salah satu anak kambing betina yg mahu dijual..cantik bukan..

Kepada sesiapa yg berminat bagi kambing feral, dan anak kambing betina 
buleh hubungi 0129721849 atau 0132584475

Terima Kasih..



Author: Mohd Amzari