Ahad, 28 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT 'EIDUL FITRI

Assalamu'alaikum wm wbkh!


InsyaAllah kita akan menyambut Eidul Fitri tak lama lagi, kemungkinan besar pada hari Selasa ini, iaitu 30 Ogos 2011.

Kami di Assakinah Agro Farm mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri pada semua pengunjung blog ini khasnya dan kepada semua umat Islam amnya.

Semoga kita berjaya menghabiskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada dengan pengisian yang bermakna. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu memberi kita seribu keberkatan dari sisi Allah, dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!!!





Khamis, 25 Ogos 2011

Musim Kelahiran Baru Ogos 2011

Assalamualaikum wm wbkh!
Sudah agak lama sangat saya tidak membuat 'update' pada blog ini dengan berita dan maklumat bermakna. Pada musim kelahiran lepas yang bermula dari Januari 2011 sehingga April 2011, kami mendapat 28 ekor anak-anak kambing baru. Walau bagaimanapun, 4 ekor telah mati. Jadi, baki yang masih hidup sehingga ke hari ini adalah 24 ekor.

Sejak 2 minggu lepas, iaitu bermula dari 10 Ogos, kumpulan kedua induk kambing kami yang bunting telah mula melahirkan anak. Kali ini agak menarik sedikit kerana 4 ekor darinya beranak kembar, manakala seekor induk Boer pula melahirkan anak 3. Baki 17 ekor lagi hanya beranak tunggal. Jadi, jumlah yang lahir setakat ini pada musim kelahiran kali ini adalah 28 ekor. Walau bagaimana pun, 3 darinya lahir dalam keadaan lemah dan telah mati beberapa hari selepas dilahirkan.

Dari itu, jumlah anak kambing yang kami dapati kali ini adalah 25 ekor.

InsyaAllah saya akan 'update' lagi nanti beserta gambar-gambar sekali.....



Ahad, 31 Julai 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Kami di Assakinah Agro Farm mengucapkan kepada pengunjung semua selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sama-samalah kita berusaha untuk menambah amal ibadat kita di bulan yang mulia ini, dan semoga kita semua mendapat keredhaan Allah swt.



Rabu, 23 Februari 2011

Musim Kelahiran 2011 ... 4 Ekor Lagi Lahir

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Alhamdulillah kami di AsSakinah Agro Farm menerima kehadiran 4 ekor lagi cahaya mata baru, 2 ekor pada 21 Feb, manakala 2 ekor lagi pada 22 Feb. Ini menjadikan jumlah kelahiran sebanyak 8 ekor pada tahun 2011 ini.

Berat minima anak-anak kambing yang lahir pada tahun 2011 ini adalah 3.0kg manakala berat maksima pula adalah 3.8kg. Suatu pencapaian yang sangat baik.... Alhamdulillah......

 
 
 
 
 
Gambar-gambar atas - seekor anak yang lahir pada 2 Feb ini seberat 3.8kg, Alhamdulillah... agak berat dan sihat wal'afiat. Induknya adalah seekor koplo manakala bapaknya adalah pejantan Boer Fullblood


Untuk lapuran selanjutnya sila layari blog jomternakkambing.blogspot.com atau klik di sini.


Khamis, 20 Januari 2011

19 Januari 2011 - Posting Terkini Di Blog Jom Ternak Kambing

Assalamualaikum wm wbkh!
Berikut adalah tajuk-tajuk posting terbaru di blog JTK:
1. Kelahiran Pertama 1432H/2011M
2. Baja Urea Sebagai Sumber Alternatif Protin
3. Banjir Di Australia Dan Kenaikan Harga Kambing

Sila layari blog Jom Ternak Kambing, klik di sini.

Selasa, 11 Januari 2011

Maklumat Terbaru Di Blog Jom Ternak Kambing

Berikut adalah tajuk-tajuk artikel terbaru yang kami poskan ke blog Jom Ternak Kambing :

1. Jerami Padi Sebagai Sumber Fiber
2. Keperluan Diet Ruminan
3. Apa itu 'Feed Conversion Ratio' atau FCR?
4. Diet Baru Bagi Kambing Kami

Sila layari blog Jom Ternak Kambing untuk mendapatkan maklumat di atas.