Ahad, 29 Januari 2012

KERJA-KERJA BAIKPULIH KANDANG KINI SELESAI

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Alhamdulillah... kerja-kerja baikpulih rumah pekerja, kandang dan pagar telah pun selesai. Diharapkan dengan pengubahsuaian pada 'layout' kandang yang kami lakukan akan memudahkan kerja-kerja pengurusan kambing.

Tujuan kami adalah untuk memudahkan pekerja melepaskan kambing dengan pengawasan yang minima. Sebahagian kambing akan dilepaskan setiap hari di dalam kawasan berpagar tanpa pengawasan, kerana pagar kami kini tidak lagi dapat dibolos keluar. Manakala sekumpulan kambing lagi akan dilepaskan ke kawasan luar yang tak berpagar dengan diawasi oleh pekerja, apabila keadaan mengizinkan.

Pandangan sisi sebahagian dari kandang yang telah mengalami ubahs
Tangga lama telah dirobohkan dan tangga baru dibina di lokasi baru untuk memudahkan pekerja mengangkut makanan ke kandang, serta memudahkan pergerakan kambing turun naik ke kandang. Tangga lama dirobohkan kerana keadaannya yang terlalu curam, tidak sesuai untuk kambing bergerak turun naik kandang



Petak mengawan utama yang telah diperbesarkan dan kini sudah dihuni oleh pejantan dan induk kambing yang akan dikahwinkan. Petak yang besar membolehkan kambing bergerak bebas dan membuat sedikit 'exercise' supaya mereka sihat dan cergas