Khamis, 26 Mac 2009

Tawaran Jamnapari Kacukan / Koplo Induk


Stok Induk Koplo/Jamnapari Kacukan Yang Telah Dipulihkan

Kami mempunyai stok sedia ada kira-kira 50 ekor kambing induk koplo di ladang kami . Ternakan ini telah tiba di negara kita dari Indonesia kira-kira 6 bulan yang lepas. Telah mengalami proses pemulihan dari 'stress' dan proses penggemukan serta pelbagai rawatan yang perlu, kini berada dalam keadaan sihat dan cergas, Alhamdulilllah!


Nota: Sila klik di sini untuk mengenali kambing Koplo








Gambar-gambar induk dan dara Koplo


Harga tawaran kami untuk induk koplo yang telah dibela dan diberi rawatan di ladang kami adalah bermula dari RM650-RM800.

Kami juga menawarkan koplo yang baru tiba dari Indonesia dengan harga yang lebih murah, iaitu RM550-RM600 seekor (tertakluk kepada stok). Walau bagaimanapun, hendaklah maklum bahawa stok yang baru tiba memerlukan rawatan yang intensif dan risiko kematian agak tinggi.


Penghantaran ke mana-mana destinasi di Semenanjong boleh diuruskan, InsyaAllah. Berminat sila hubungi Suhaimi di talian 019-2231507.