Ahad, 20 Julai 2008

Tawaran Koplo Dara

Kemaskini 28 Ogos - Habis Dijual. Sila ke Tawaran Terbaru
Koplo dara dari Indonesia yang kami tawarkan ini, sebahagiannya sudah berada di negara kita sejak awal Mei, manakala sebahagian lagi sejak8jun lalu. Sebahagian besar telah terjual, manakala yang masih berbaki kira-kira 80 ekor ini dibela dengan penjagaan rapi dan pemakanan yang teratur. Berat badan sudah bertambah dan kesemuanya kelihatan cergas dan sihat. Berat anggaran sekitar 20-25kg. Telah diberi rawatan asas seperti antibiotik dan ubat 3-serangkai (cacing, kutu dan kurap).

Insya'Allah telah pulih dari 'stress' dan telah mengalami penyesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Risiko sakit atau kematian adalah rendah berbanding kambing import yang baru tiba.

Kemaskini 10 Ogos : Baki 20 Ekor Sahaja Lagi !!!

Harga RM6ribu sahaja untuk 10 ekor.






Stok koplo dara berjumlah kira-kira 80 ekor, usia dari 10 ke 12 bulan, dengan berat anggaran sekitar 20-25kg.


Khamis, 10 Julai 2008

Tawaran Induk Jamnapari Kacukan

KEMASKINI 30 JAN 2008 ...TIADA TAWARAN TERBARU

Induk jamnapari kacukan dari Indonesia yang kami tawarkan ini sudah berada di negara kita sejak December tahun lalu. Sebahagian besar telah terjual, manakala yang berbaki kira-kira 20 ekor ini kami bela dengan penjagaan rapi dan pemakanan yang teratur. Kesemuanya kelihatan cergas dan sihat, dan Insya'Allah telah pulih sepenuhnya dari 'stress' dan telah mengalami penyesuaian sepenuhnya dengan keadaan di negara kita. Risiko sakit atau kematian adalah sangat rendah berbanding kambing import yang baru tiba.

Kesemuanya telah mula dikahwinkan dengan Pejantan Boer FB, dan jika bernasib baik, banyak yang telah bunting peringkat awal, Insya'Allah.


Harga RM7ribu sahaja untuk 10 ekor.


Kemaskini 9 Ogos: SUDAH HABIS DIJUAL !!!


Stok jamnapari kacukan induk berusia kira-kira 18 bulan, berat anggaran antara 25-30kg


Isnin, 7 Julai 2008

Jamnapari Peranakan Ettawa (PE)

Tawaran terbaru kami adalah induk dan dara Jamnapari tulen (PE). Harga bermula dari RM900 (usia 8 bulan) ke atas. Juga terdapat tawaran jamnapari kacukan dengan harga yang lebih murah.

Bilangan adalah sangat terhad !!!



Untuk keterangan lanjut, sila klik pada gambar di atas.

Sabtu, 5 Julai 2008

Pakej Baka Boer + Koplo/Jamnapari-kacukan

Kami sekali lagi menawarkan pakej tawaran bagi penternakan kambing baka. Terdapat pelbagai pakej yang menarik. Pakej kami menawarkan Pejantan Boer Fullblood (disertakan sijil) dengan pilihan induk/dara dari baka Boer atau jamnapari kacukan dan koplo.




Untuk keterangan lanjut, sila klik pada gambar di atas.