Rabu, 10 September 2008

Pakej Pembakaan Boer Dgn Pejantan Boer

Kami menawarkan 3 pilihan pakej kepada pembeli:

1. Pakej Boer FB TERHAD !!! Kemaskini 20 Sept - Tawaran Pakej Ini Sudah Ditutup

Objektif pakej ini adalah untuk menggalakkan penternak untuk menghasilkan sendiri anak Boer kacukan F1 tempatan dengan menggunakan induk Koplo (dari Indonesia) dan Pejantan Boer FB. Ini dapat mengurangkan kos kerana induk Koplo jauh lebih murah harganya berbanding induk Boer. Di samping itu, risiko kematian induk Boer import sangat tinggi kerana alah kepada perubahan iklim setelah berhijrah ke negara kita dari Australia. Kaedah penternakan di Australia adalah secara lepas bebas, kerana iklimnya yang panas kering di samping tanahnya yang luas. Di Malaysia pula kambing terpaksa diternak secara fidlot di dalam kandang. Perubahan ini menyebabkan induk Boer mengalami 'stress' setelah tiba di negara kita. Ramai penternak yang sudah serik dengan induk Boer import kerana risiko kematian yang tinggi, terutama di dalam tempoh 6 bulan pertama setelah tiba di negara kita.

Induk koplo agak lasak dan sememangnya sesuai dengan iklim negara kita kerana baka ini berasal dari Indonesia, iaitu negara yang iklimnya sama dengan iklim tempatan kita. Kaedah penternakan kambing di Indonesia juga sama dengan di negara kita di mana kambing dibela secara fidlot di dalam kandang.


Pakej yang kami tawarkan adalah seperi berikut:

1. 1 ekor Pejantan Boer Fullblood dgn Sijil - usia 2 thn lebih, anggaran berat 70-80kg (telah berada di Malaysia sejak 12 bulan lalu)
2. 20 ekor Koplo induk - usia sekitar 15 - 18 bulan, berat sekitar 25-30kg

Harga RM17,500 sahaja

Stok koplo induk berusia kira-kira 15 hingga 18 bulan



Pejantan Boer FB (dgn sijil) berusia lebih 2 tahun dan seberat kira-kira 70kg.

Kesemua ternakan dalam keadaan sihat dan cergas. Risiko sakit dan kematian akibat 'stress' adalah rendah kerana telah mengalami penyesuaian (climatised) dengan iklim dan persekitaran tempatan.


Contoh anak Boer F1 yang kami hasilkan di ladang kami menggunakan induk Koplo dan Pejantan Boer FB



2. Pakej Induk Sahaja TAWARAN KHAS PENGHABISAN STOK !!! Masih Dibuka

1. 10 ekor Koplo induk - usia sekitar 12 - 15 bulan, berat sekitar 25-30kg
Sudah sedia untuk dikahwinkan dengan Pejantan.

Harga asal RM6,500
Harga Tawaran Khas RM6,200 sahaja.
Sah Sehingga 25 September 2008



Penghantaran
Penghantaran ke mana-mana destinasi di Semenanjong boleh diuruskan dengan kos ditanggong oleh pembeli.

Lain-lain pakej

Untuk lain-lain pakej, sila hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi)



Selasa, 9 September 2008

Tawaran Jamnapari Tulen (PE) dan Kacukan


Kami mempunyai 10 ekor Jamnapari Tulen (Peranakan Ettawa) dara dan induk untuk dijual. Harga bermula dari RM900 ke atas.
Untuk melihat gambar-gambar serta keterangan lanjut termasuk harga, sila klik di sini.

Juga kami masih mempunyai stok kira-kira 20 ekor Jamnapari kacukan/koplo induk yang sudah sedia untuk dikahwinkan dengan pejantan. Semuanya dalam keadaan cergas dan sihat, Insya'Allah.

Penghantaran ke mana-mana destinasi di Semenanjong boleh diuruskan dengan kos ditanggong oleh pembeli.

Berminat hubungi Suhaimi 019-2231507

Khamis, 4 September 2008

Pakej Bimbingan Usahawan Ternak

Sila klik di sini untuk keterangan mengenai Program Bimbingan Usahawan Ternak.


HARGA : RM40 ribu

Pakej ini mengandungi perkara-perkara berikut:

A. Kambing Baka
1. 2 ekor pejantan Boer Fullblood (FB)
2. 20 ekor induk betina kacukan berusia antara 15-18 bulan, berat anggaran antara 25-30kg
3. 20 ekor induk betina kacukan berusia antara 12-14 bulan, berat anggaran antara 20-25kg
4. 10 ekor dara kacukan berusia antara 9-11 bulan, berat anggaran antara 15-20kg.

B. Lain-lain (PERCUMA):
1. Bekalan makanan konsentrat (goat palet) yang bermutu tinggi untuk tempoh 4 minggu
2. Supplement
3. Ubat-ubatan asas
4. Kursus & Bimbingan
5. Latihan Praktikal pekerja di ladang kami secara sangkut/'attachment' selama kira-kira 2 minggu di mana pekerja tersebut dilatih membela kambing yang telah dibeli di kandang kami terlebih dahulu.


Penghantaran ke destinasi KL/Selangor/NS.
(Untuk destinasi selain ini, kos minima akan dikenakan)

Rabu, 3 September 2008

Karkas Kambing Boer Segar


Peluang baik untuk pengusaha restoran dan `food caterer` mendapatkan bekalan daging kambing Boer segar !!!

Kami bersedia membekal karkas kambing Boer segar untuk tujuan masakan, kenduri dan barbeque. Harga RM45 per kg tidak termasuk penghantaran (sebagai contoh bag karkas dengan berat bersih 15 kg, harga adalah RM675 . Berat ini adalah tidak termasuk perut, organ dalaman dan kulit). Harga masih boleh dirunding bergantung kepada kuantiti dan kekerapan pembelian.

Berminat hubungi Suhaimi di 019-2231507.

Bekalan Kambing Akikah

Kami mempunyai stok kambing jantan yang cukup umur untuk akikah dari baka Boer dan Rando Indonesia (kampung kacukan ). Harga untuk jualan borong (kuantiti minima 5 ekor) adalah RM580 untuk Boer dan RM480 untuk Rando.

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.