Khamis, 23 Disember 2010

Lawatan Pemantauan

Assalamualaikum wm wbkh!
Semalam, Rabu 22hb Disember, saya sekali lagi berpeluang ke ladang kambing saya di Hulu Langat untuk menghantar bekalan petrol bagi kegunaan mesin chopper dan motosikal. Di samping itu, lawatan saya ini bertujuan untuk memantau keadaan kambing saya setelah saya mengubah pemakanan mereka. Dua hari lalu saya dimaklumkan oleh pekerja saya bahawa seekor induk mengalami sedikit ceret beret yang tidak kritikal, dipercayai kerana memakan terlalu banyak hampas soya. Walau bagaimanapun, nampaknya hari ini ia telah kembali normal dan dalam keadaan sihat walafiat.

Secara umumnya, keadaan kambing saya agak memuaskan berbanding dengan keadaan mereka kira-kira 2 bulan lepas. ...




Untuk artikel seterusnya, sila klik di sini

Isnin, 20 Disember 2010

Memulihkan Kembali Pengurusan Ladang Kambing

Assalamualaikum wm wbkh!
Sudah lama saya tidak mengisi blog ini dengan informasi teknikal berkaitan dengan penternakan kambing. Kesibukan menghadiri kursus bersiri ibadat haji pada setiap sabtu sejak awal tahun sehingga bulan Julai 2010, serta menghadiri program-program lain berkaitan ibadat haji membataskan masa saya untuk menguruskan ladang kambing. Waktu hujung minggu yang terluang pula perlu dihabiskan dirumah untuk menerima kunjungan tetamu/pelanggan showroom arowana. Keadaan kambing peliharaan pula nampaknya semakin merosot... banyak yang kelihatan semakin kurus.

Kami cuba memberikan ubat cacing yang biasa kami berikan secara berkala seperti "Cidectin Pour-on" dan NILZAN, tetapi kali ini ia tidak membuahkan hasil yang kami harapkan .....


Untuk artikel selanjutnya, sila klik di sini

Ahad, 19 Disember 2010

Perubahan Nama Domain Untuk Blog Jom Ternak Kambing

Assalamualaikum wm wbkh!
Untuk makluman pengunjung semua, blog Jom Ternak Kambing yang memaparkan maklumat dan panduan asas penternakan kambing kini telah beralih ke domain blogspot.com. Alamat blog ini kini adalah:


JomTernakKambing.Blogspot.Com

Sekian, terima kasih.

Khamis, 9 Disember 2010

Assalamualaikum semua.....

Assalamualaikum wm wbkh kpd semua pengunjung....

Alhamdulillah saya telah selamat kembali ke tanahair dari Tanah Suci Makkah semalam setelah selesai menunaikan Rukun Islam ke-5, iaitu fardhu haji. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya serta yang mendoakan agar ibadat haji saya diterima oleh Allah swt sebagai haji yang mabrur. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Haji yang mabrur itu tiada lain balasannya melainkan syurga".. 

Setelah lebih 45 hari tidah berpeluang ke ladang dan hanya mengharapkan pekerja menguruskan kambing-kambing saya, di samping bertawakkal kepada Allah swt,. hari  ini saya bercadang untuk menjengok ladang saya. Harap-harap kesemua kambing peliharaan saya sihat walafiat dan dalam keadaan terurus, InsyaAllah


Sekian.... Assalamualaikum wm wbkh!