Selasa, 31 Januari 2012

KELAHIRAN DI AKHIR 2011

Assalamualaikum wm wbkh...
Di akhir tahun 2011, kami di Assakinah Agro Farm dikurniakan 9 ekor anak kambing, iaitu dari bulan November ke Disember 2011. Walau bagaimanapun, salah seekor darinya lahir dalam keadaan lemah dak tidak mampu berdiri. Ia mati 3 hari selepas dilahirkan. Jadi, jumlah yang lahir dan hidup sehingga tarikh ini adalah 8 ekor.
Gambar salah seekor anak kambing yang lahir pada Disember 2011. Kini berusia lebih 1 bulan dan alhamdulillah keadaanya sihat, walaupun induknya kurang mengeluarkan susu dan terpaksa dibantu dengan susu gantian



Ahad, 29 Januari 2012

KERJA-KERJA BAIKPULIH KANDANG KINI SELESAI

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Alhamdulillah... kerja-kerja baikpulih rumah pekerja, kandang dan pagar telah pun selesai. Diharapkan dengan pengubahsuaian pada 'layout' kandang yang kami lakukan akan memudahkan kerja-kerja pengurusan kambing.

Tujuan kami adalah untuk memudahkan pekerja melepaskan kambing dengan pengawasan yang minima. Sebahagian kambing akan dilepaskan setiap hari di dalam kawasan berpagar tanpa pengawasan, kerana pagar kami kini tidak lagi dapat dibolos keluar. Manakala sekumpulan kambing lagi akan dilepaskan ke kawasan luar yang tak berpagar dengan diawasi oleh pekerja, apabila keadaan mengizinkan.

Pandangan sisi sebahagian dari kandang yang telah mengalami ubahs
Tangga lama telah dirobohkan dan tangga baru dibina di lokasi baru untuk memudahkan pekerja mengangkut makanan ke kandang, serta memudahkan pergerakan kambing turun naik ke kandang. Tangga lama dirobohkan kerana keadaannya yang terlalu curam, tidak sesuai untuk kambing bergerak turun naik kandang



Petak mengawan utama yang telah diperbesarkan dan kini sudah dihuni oleh pejantan dan induk kambing yang akan dikahwinkan. Petak yang besar membolehkan kambing bergerak bebas dan membuat sedikit 'exercise' supaya mereka sihat dan cergas

Isnin, 23 Januari 2012

WORK IN PROGRESS

Gambar-gambar semasa kerja-kerja ubahsuai sedang dijalankan di ladang Assakinah Agro Farm ...

Kerja-kerja baikpulih dan ubahsuai rumah pekerja sudah hampir siap


Petak bagi kambing sakit dan bunting/beranak kini dibuat dengan saiz lebih besar supaya lebih lapang


Petak mengawan utama juga dibesarkan, kini bersaiz kira-kira 20 ,kaki x 30 kaki untuk membolehkan induk kambing bebas bergerak sekaligus melakukan aktiviti 'bersenam' supaya lebih cergas dan sihat

Pagar juga dibaikpulih dengan tambahan plat zink tepakai untuk mengelakkan kambing bolos keluar. Pagar yang sempurna membolehkan kambing dilepaskan dengan 'aman' supaya dapat melakukan aktiviti 'jasmani' di samping meragut rumput


Khamis, 19 Januari 2012

AZAM 2012

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua...

Di bawah ini saya paparkan sekeping gambar yang diambil pada 11 hb Januari lepas. Gambar ini membawa makna kepada saya kerana ia menggambarkan azam baru saya bagi tahun baru 2012.


Gambar ini menunjukkan rumah pekerja di ladang Assakinah Agro Farm yang sedang dibaikpulih dan diperbesarkan sedikit daripada saiz asalnya.

Berita selanjutnya akan menyusul kemudian, insyaallah....


Selasa, 17 Januari 2012

Bekas pengarah veterinar negeri hadapi tujuh tuduhan menipu

January 17, 2012
KUALA LUMPUR, 17 Jan — Seorang bekas pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan berpangkat Datuk hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Jenayah Rasuah, Negeri Sembilan, oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas pertuduhan melakukan tujuh kesalahan memalsu dan menipu dokumen kenaikan pangkat.
Tertuduh Datuk Dr Noor Soeraya Norsham, 38, dalam pertuduhan pertama, didakwa telah memberikan satu dokumen  iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 27 Februari 2009 kepada seorang pembantu tadbir di jabatan berkenaan berhubung arahan kenaikan pangkat.
Dokumen berkenaan diserahkan dengan tujuan untuk mendapatkan penyelarasan gaji dan pangkat ke Gred 48, sedangkan tertuduh sebenarnya tidak pun dinaikkan pangkat tetapi masih memangku Gred G44 dan menyebabkan tertuduh memperolehi secara salah RM39,536.90.
Tertuduh didakwa berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 16 Mac 2009. Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Bagi kesalahan kedua,  Noor Soeraya juga didakwa menggunakan satu dokumen iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 27 Februari  2009 berhubung perkara yang sama.
Tertuduh didakwa tahu pada waktu itu yang dia menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu. Tertuduh telah dituduh berbuat demikian di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 16 Mac 2009.
Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun yang sama.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah memberikan kepada seorang pembantu tadbir di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan suatu dokumen iaitu satu surat rujukan bertarikh 28 Disember 2009 berhubung Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 — Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan mendapatkan penyelarasan gaji dan elaun yang mana prinsipal tertuduh mempunyai kepentingan Tertuduh sebenarnya tidak pun dinaikkan pangkat tetapi masih memangku Gred G44 yang pada pengetahuannya adalah untuk mengelirukan prinsipalnya menyebabkan tertuduh memperolehi secara salah RM 5,013.82.
Tertuduh didakwa berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 5 Januari 2010.
Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Noor Soeraya juga dalam pertuduhan keempatnya didakwa menggunakan, satu dokumen iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 28 Disember 2009 berhubung Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G53 — Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dikatakan tulen bagi menipu Pembantu Tadbir jabatan berkenaan.
Tertuduh didakwa sedar pada waktu itu yang dia menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu.
Tertuduh telah dituduh berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 5 Januari 2010. Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama.
Bagi pertuduhan kelima,  tertuduh didakwa telah memberikan  satu surat rujukan bertarikh 1 Julai 2010 berhubung Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan selaraskan gaji dan elaun  sedangkan tertuduh sebenarnya tidak pun dinaikkan pangkat tetapi masih memangku Gred G44 yang pada pengetahuannya adalah untuk mengelirukan prinsipalnya menyebabkan tertuduh memperolehi secara salah RM5,764.86.
Tertuduh didakwa berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri tersebut pada 2 Julai 2010.
Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
Bagi pertuduhan keenam  Noor Soeraya juga didakwa dengan sedar menggunakan satu dokumen iaitu satu surat rujukan palsu bertarikh 1 Julai 2010 berhubung dengan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dikatakan tulen bagi menipu Pembantu tadbir jabatan berkenaan.
Tertuduh telah dituduh berbuat demikian di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 2 Julai 2010.
Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama.
Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu satu surat rujukan bertarikh 31 Mac 2011 berhubung Keputusan Pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke Gred G54, yang dikatakan tulen bagi menipu jabatan berkenaan.
Tertuduh didakwa tahu pada waktu itu  yang dia menggunakan dokumen palsu.
Soeraya dituduh berbuat demikian di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan pada 12 April 2011.
Perkara ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.
Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Fairuz Bin Johari, daripada SPRM Negeri Sembilan di hadapan Hakim Datin Nursinah  Adzmi manakala tertuduh diwakili oleh peguambela Syed Fadil Bin Syed Othman dan Muhamad Faiz Bin Fadzil dari Syed Fadil & Co.
Hakim menetapkan ikat jaminan sebanyak RM 10,000 dengan seorang penjamin yang mesti menjamin kehadiran tertuduh setiap kali kes dibicarakan.
Hakim juga menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-pengarah-veterinar-negeri-hadapi-tujuh-tuduhan-menipu/

Ahad, 1 Januari 2012

PERSOALAN USIA KAMBING BAKA BOER UNTUK TUJUAN AQIQAH DAN QURBAN

JABATAN MUFTI  KERAJAAN NEGERI SEMBILAN



KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
BIL 1/1430
7 Rejab 1430H
30hb Jun 2009M

__________________


Kambing jenis baka Boer berumur 1 tahun boleh dijadikan binatang qurban dan aqiqah. Ini kerana ianya memenuhi syarat telah tanggal gigi hadapannya, mempunyai badan yang besar dan telah matang.

Sumber : Portal Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus
http://www.muftins.gov.my/component/content/article/41-keputusan-mesyuarat-fatwa/276-hukum-aqiqah-dan-qurban-menggunakan-kambing-jenis-baka-boer