Ahad, 28 Oktober 2012

Padang Ragut Baru..

Assalamualaikum semua....Masih belum terlambat untuk kami dari pihak ladang assakinah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam di Malaysia...

Entry kali ini sedikit sebanyak berkaitan dengan pembaik pulih kawasan padang ragut ladang assakinah...

Ladang Asskinah telah membesarkan kawasan padang ragut untuk kambing kami bagi memberi kambing-kambing kami keselesaan untuk bermain dan menghabiskan masa sepanjang hari.

Ini juga baik bagi kambing-kambing Feral kami untuk menghilang stress yang masih ada setelah melalui perjalanan yang jauh dari bumi australia.

Di bawah adalah sedikit sebanyak gambar-gambar yang kami ambil dari ladang kami yang tak seberapa...
Tengok jgn tak tengok...hahah...

Pandangan dari belakang..

Laluan terus ke padang ragut dari kandang...

Feral yang dilepaskan..Tinggal 3 untuk dijual...

Anak kambing tgh posing..

Induk betina yg bunting...



Freedom...

Salam,
Ladang Asskinah Hulu Langat


Author: Mohd Amzari

Selasa, 23 Oktober 2012

Lame tak update pasal kandang dan kambing-kambing di ladang kami...

Anak-anak kambing kami pun dah semakin membesar dgn sihat dan cergas...
Induk betina pulak rata-ratanya sudah bunting...
InsyaAllah...tiba lagi musim kelahiran akan datang...Amin..



Anak kambing cross boer x buck

Anak kambing cross boer x jamnapari


Induk feral yg bunting...

Bersambung.....

Author: Mohd Amzari

Sabtu, 20 Oktober 2012

ESCAS Perlu atau Tidak?

Assalamualaikum Rakan Penternak...

Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat yang berkaitan dengan piawaian baru yang ditetapkan oleh kerajaan Australia berkenaan dengan proses import/eksport haiwan ruminan yang disebut sebagai ESCAS.Infor ini saya kongsi dari pengimport ruminan Major Transglobal.
Saya yakin rakan penternak lain juga ade menerbitkan artikel yg berkaitan.Lebih banyak input dari pengguna dan penternak lagi banyak cabang dan informasi yang kite buleh diskussi.Layan...



PERATURAN BARU PENGIMPOTAN RUMINAN DARI AUSTRALIA
 
Ekoran beberapa kes penganiayaan kepada ternakan seperti yang di war-warkan oleh NGO Australia yang sangat berpengaruh ia itu RSPCA dan Animals Australia (The Voice For Animals), satu kempen dinamakan Ban Live Export telah dilancarkan secara besar-besaran bagi menghalang ekspot ternakan hidup dari Austr...
alia. Video gambaran penganiayaan ternakan seperti yang berlaku di Indonesia pada Mei 2011, telah mencetuskan satu desakan yang telah memaksa kerajaan Australia mengenakan penggantungan sementara ekspot ruminan kenegara tersebut pada Jun 2011. Australia mengekspot sebanyak 694,429 ekor lembu hidup pada tahun 2011 (jatuh 21% berbanding 2010) bernilai AUD 629.4 juta. Indonesia merupakan pengimpot lembu hidup terutama untuk tujuan sembelihan/fidlot terbesar Australia dengan jumlah 413,359 ekor pada 2011 bernilai AUD 275.6 juta. Jumlah tersebut jatuh secara nyata berbanding tahun 2010 disebabkan penggantungan sementara ekspot selama 3 bulan pada tahun 2011.

Selain dari Indonesia, banyak bukti-bukti lain penganiayaan terhadap haiwan ternak diperolehi dan perkara tersebut amat dipandang serius oleh pihak Australia untuk melakukan sesuatu dan pada masa yang sama tidak menjejaskan industri yang memberi pekerjaan kepada lebih kurang 10,000 orang warganya.
Dari segi jumlah ternakan hidup yang diekspot, biri-biri merupakan ternakan yang terbanyak, dimana pada 2010 sebanyak 2.8 juta biri-biri Australia diekspot , bernilai AUD 333 juta, terutama ke Timur Tengah dengan didahului oleh Kuwait sebanyak 1,153,765 ekor, menyumbang 40% dari jumlah export, diikuti oleh Bahrain (15%), Turkey (14%), Qatar (11%) Jordan (7%) dan lain-lain, termasuk Malaysia.

Selasa, 11 September 2012

Stok Baru Kambing Feral Untuk Akikah

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua...
Untuk makluman, stok baru kambing feral untuk sembelihan bagi tujuan akikah dan kenduri kendara telah tiba di ladang kami.





Berat hidup setiap ekor adalah 30kg ke atas.
Harga : RM780 seekor


Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di talian 019-2231507 (Hj. Suhaimi)

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamu'alaikum wm wbkh kpd semua pengunjung ...

Kami di Assakinah Agro Farm mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung. Semoga ibadat kita di sepanjang Ramadhan diterima Allah dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang, insyaAllah.


Taqabbala Llahu minna wa minkum


Khamis, 2 Ogos 2012

Rakaman Video Penerangan Penternakan Puyuh

Rakaman video yang memberi penerangan mengenai penternakan puyuh ...



Kepada yang berminat, selamat menonton ...

Makluman : kami TIDAK MENJUAL burung puyuh

Lagi Tentang Penternakan Puyuh


AGROBIZ

ARKIB : 19/03/2012

Gagal bela arnab berjaya ternak puyuh





Keceriaan jelas terpancar pada wajah pasangan yang mengusahakan ternakan puyuh dan ayam kampung di Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan.


RAJA Ali Raja Hassan bukanlah nama asing dalam industri ternakan burung puyuh di Kelantan.
Bapa kepada lima orang ini sudah lebih 20 tahun mengusahakan ternakan tersebut dan berhasrat menjadi penternak, pembekal daging puyuh terbesar di negeri Cik Siti Wang Kembang.
Berbeza dengan kebanyakan penternak lain yang mempunyai ladang dan pekerja, Raja Ali, 54, hanya mengusahakan ternakan burung puyuh di reban yang dibina di hadapan rumahnya di Kampung Badak Mati, Bukit Marak, Kota Bharu.
Bermula dengan modal sebanyak RM1,000, Raja Ali dengan dibantu isteri tercinta, Rahimah Awang, 54, kini mampu tersenyum puas.

MAKLUMAN: Kami TIDAK MENJUAL burung puyuh

Selasa, 31 Julai 2012

Penternakan Burung Puyuh

Assalamualaikum wm wbkh...

Reban penternakan komersil burung puyuh - Gambar ehsan http://hamydy.wordpress.com    


Sebagaimana yang kita semua maklum kini bahawa penternakan kambing merupakan suatu projek penternakan jangka panjang yang memakan masa yang lama untuk meraih pulangan. Ini disebabkan oleh jangka masa yang lama bagi kambing untuk mengeluarkan hasil (anak) di mana kambing bunting selama kira-kira 5 bulan. Penternak juga harus mengambil kira bahawa kebiasaannya kambing dijual setelah berusia setahun atau lebih. Setelah mengambil kira tempoh mengawan sebelum induk kambing bunting, penternakan kambing sebenarnya mengambil masa sehingga kira-kira setahun setengah atau lebih sebelum penternak mula mengecapi pulangan.

Jadi, adalah sangat perlu bagi para penternak kambing untuk mengusahakan projek penternakan sampingan   jangka pendek untuk menampung keperluan aliran tunai mereka.

Di antara projek penternakan jangka pendek yang boleh diceburi oleh penternak kambing adalah penternakan burung payah, selain penternakan ayam itik dan sebagainya.

Makluman : Kami TIDAK MENJUAL burung puyuh

Rabu, 4 Julai 2012

Kambing Akikah

Assalamualaikum wm wbkh...

Tawaran kambing untuk ibadat akikah:
Harga dari RM700 dan ke atas (bergantung pada saiz).
Perkhidmatan sembelihan dan melapah juga disediakan.
Stok kambing boleh dilihat di ladang kami di Hulu Langat.

Berminat hubungi 019-2231507 (Hj. Suhaimi) 



Rabu, 22 Februari 2012

JERAMI PADI - ANALISA KANDUNGAN

Assalamu'alaikum wm wbkh...

Berikut adalah analisa kandungan jerami padi sebagai informasi bagi pengunjung semua...

Gulungan jerami padi




Isnin, 6 Februari 2012

KELAHIRAN TERBARU 4 EKOR - FEB 2012

Assalamu'alikum wm wbkh
Berikut adalah gambar-gambar anak-anak kambing kami yang lahir sejak beberapa hari lepas iaitu dari 1 feb hingga 4 Febuari lepas berjumlah 4 ekor.

1. Anak kacukan Pejantan Boer FB dan Induk Feral
    - lahir pada : 1 Feb 2012
    - berat sewaktu lahir : ?
    - status : Alhamdulillah.. sihat dan mampu menyusu sendiri dari induknya



2. Anak kacukan Pejantan Boer FB dan Induk Feral
    - lahir pada : 1 Feb 2012
    - berat sewaktu lahir : ?
    - status : Alhamdulillah.. sihat tetapi perlu dibantu untuk menyusu sendiri dari induknya



3. Anak kacukan Pejantan Boer FB dan Induk Boer F4
    - lahir pada : 1 Feb 2012
    - berat sewaktu lahir : ?
    - status : Alhamdulillah.. sihat dan mampu menyusu sendiri dari induknya


.

4. Anak kacukan Pejantan Boer FB dan Induk kampung (kacukan)

    - lahir pada : 1 Feb 2012
    - berat sewaktu lahir : ?
    - status : Alhamdulillah.. sihat dan mampu menyusu sendiri dari induknya


Jadi, jumlah terkini kelahiran untuk bulan Januari / Feb adalah : 10 ekor
Jumlah anak yang lahir pada akhir 2011 (Nov / Dis 2011) : 8 ekor (setelah ditolak 1 ekor yang mati)

Alhamdulillah... saya dapati sejak akhir-akhir ini sebahagian besar dari anak-anak kambing yang dilahirkan adalah dalam keadaan sihat. Insyaallah, peluang untuk mencapai sasaran produktiviti 100% (dari jumlah induk sihat) bagi tahun 2012 ini adalah cerah.


Selasa, 31 Januari 2012

KELAHIRAN DI AKHIR 2011

Assalamualaikum wm wbkh...
Di akhir tahun 2011, kami di Assakinah Agro Farm dikurniakan 9 ekor anak kambing, iaitu dari bulan November ke Disember 2011. Walau bagaimanapun, salah seekor darinya lahir dalam keadaan lemah dak tidak mampu berdiri. Ia mati 3 hari selepas dilahirkan. Jadi, jumlah yang lahir dan hidup sehingga tarikh ini adalah 8 ekor.
Gambar salah seekor anak kambing yang lahir pada Disember 2011. Kini berusia lebih 1 bulan dan alhamdulillah keadaanya sihat, walaupun induknya kurang mengeluarkan susu dan terpaksa dibantu dengan susu gantian