Khamis, 3 April 2008

Ubat-ubatan Asas Bagi Pejagaan Kambing

Senarai Ubat-ubatan Asas Penternakan Kambing


Untuk makluman, kami TIDAK menjual ubatan kambng
 1. Prosanex - Ubat Untuk Luka Berulat

Prosanex merupakan ubat luka yang sangat efektif, terutama untuk mengubat luka berulat. Ia adalah semburan aerosol berwarna biru dan sangat mudah digunakan. Keluarkan dan bersihkan dahulu sebarang ulat yang ada di dalam luka ternakan anda. kemudian disembur terus ke tempat luka. Elakkan semburan dari terkena mata, hidung dan mulut ternakan.


Harga tawaran RM39 sebotol



2. Tetravet
- Ubat Puru

Tetravet merupakan semburan berwarna ungu, ubat yang efektif untuk merawat 'puru' yang menyerang mulut ternakan.


3. Vaksin Untuk Pelalian Pneumonia PENTING !!!
(Membantu dalam pencegahan dari gejala pneumonia (pasteurellois), ceret beret (lamb dysentery), kegagalan fungsi buah pinggang (pulpy kidney), tetanus (kancing gigi) dan clostridial metritis (jangkitan melalui tali pusat) dsb.

Nama Vaksin : Heptavac-P

Cara-cara penggunaan:
Suntikan ke bawah kulit di bahagian tengkok, diberi kepada kambing berusia 3 minggu dan ke atas.
Dos 1: 2ml untuk setiap ekor kambing
Dos 'Booster' awal: 2 ml diberi 2-3 minggu selepas Dos 1 diberikan
Dos 'Booster' seterusnya : dalam jangkamasa tidak melebihi 12 bulan

Harga: RM400 sebotol (kandungan 250ml)


4. Dectomax - Ubat cacing

Ubat cacing.
Cara penggunaan: Suntikan ke dalam otot
Nota: boleh diberi kepada induk bunting

Harga:


5. Cidectin (Pour-On)
- Ubat parasit 3-serangkai( cacing/kutu/kurap)

Ubat 3 serangkai jenis sapuan (pour-on) bagi merawat kecacingan, kutu dan kurap pada ternakan. Hanya perlu dilumurkan di atas kulit, iaitu disapu di celah-celah bulu ternakan. Tidak perlu suntikan, ia merupakan alternatif kepada ubat jenis suntikan.

Harga: RM270 (kandungan 250ml)


6. SulphaDimidine - ubat coccidiosis (sejenis protozoa)

Ubat untuk coccidiosis, sejenis protozoa yang 'degil' dan sukar dirawat menggunakan ubat cacing biasa. Simptom penyakit ini adalah kambing menjadi tersangat kurus dan badan kelihatan cengkung, tidak pulih walaupun sesudah diberi rawatan terhadap cacing/kutu/kurap beberapa kali. Sulphadimidine adalah ubat cecair oral iaitu diberi minum terus ke dalam mulut haiwan. Ubat ini perlu diberi secara berulang setiap hari untuk tempoh 2 minggu hingga 1 bulan.

Harga: RM35 sebotol (kandungan 500ml)


7. Scourban Plus - Ubat ceret beret

Dalam bentuk cecair 'emulsion' .
Harga: RM




Senarai Ubat-ubatan Asas Dalam Penternakan Kambing

Untuk mengenali ubat-ubatan asas dalam penternakan kambing, sila klik di sini.

Selasa, 1 April 2008

Benih Rumput Napier Taiwan




Rumput Napier Taiwan yang ditanam di Ladang asSakinah Agro Farm



Benih rumput Napier Taiwan

(Nota: Untuk keluasan satu perempat ekar, anda memerlukan kira-kira 8 guni benih Napier)

Untuk keluasan tanah yang lebih besar, kami cadangkan anda membuat tempahan pukal, iaitu satu lori. Sila hubungi kami bagi merundingkan harga dan penghantaran.


Cara menanam benih rumput Napier

Kawasan tanah yang hendak ditanam rumput Napier haruslah dipersiapkan dengan batas-batas, dengan tanahnya digembur dan dibajakan secukupnya. Tanah haruslah cukup lembab sewaktu rumput hendak ditanam serta di awal proses pertumbuhannya.



Benih rumput Napier Taiwan diambil dari batang rumput yang telah matang, berusia melebihi 4 bulan di mana batangnya sudah keras. Batang ini dipotong sepanjang kira-kira 6 inci setiap satu, dan direndam di dalam air sehingga akarnya mula tumbuh. Setelah itu batang yang telah berakar tadi ditanam secara mendatar di dalam tanah.

Pastikan tanah sentiasa lembab di awal proses pertumbuhan, dan dibajakan secukupnya.



Teknik menanam benih rumput Napier Taiwan



AWAS!!! Terdapat pelbagai spesis rumput Napier di negara kita yang kelihatan hampir serupa. Sebahagiannya tumbuh secara liar di tepi sungai dan di tepi jalanan. Spesis Napier Taiwan merupakan yang terbaik bagi ternakan ruminan kerana kandungan protin yang tinggi. Di samping itu batangnya lembut dan tidak berbulu/bersisik, memudahkan kambing memakannya tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mulut.

Isnin, 24 September 2007

Kambing Feral Untuk Akikah/Korban/Kenduri

Kami kini membawa masuk stok kambing jantan baka Feral dari Australia untuk tujuan akikah/korban/kenduri. Anggran berat setiap ekor adalah 40kg.



Juga terdapat kambing jantan dari baka kacukan kampung dengan berat anggaran 30kg setiap ekor.

Stok di atas adalah untuk jualan borong kepada peniaga (trader) dan penternak. Sila hubungi kami untuk maklumat harga.

Jumaat, 10 Ogos 2007

Ladang Kambing AsSakinah Agro Farm

Kami membekal kambing pelbagai baka tulen dan kacukan untuk tujuan penternakan. Pada tarikh ini terdapat stok baka Boer betina F3, Jamnapari kacukan betina dari Indonesia dalam 2 peringkat umur iaitu dara sekitar 6 bulan dan induk 10 - 12 bulan. Juga terdapat induk dari baka Anglo-Nubian kacukan Thailand berumur di antara 20 - 24 bulan, dsb. Kambing-kambing induk ini sebahagiannya sedang mengandung. Pelawat adalah dijemput melawat kandang kami untuk melihat baka tersebut.

Sila berhubung dengan pihak kami untuk perbincangan mengenai harga. Secara umumnya, harga adalah bergantung kepada kuantiti pembelian, manakala penghantaran boleh diuruskan oleh pihak kami.

Khamis, 9 Ogos 2007

Koleksi kambing untuk jualan di ladang kami

Kami pamerkan di laman web ini koleksi kambing untuk jualan.

Ahad, 1 April 2007

My Profile


 


Blog author and founder of Assakinah Agro Farm
My name is Suhaimi Md Amin.
Born in Kota Bharu, Kelantan in 1960.
Occupation: Bussinessman

Qualifications:
1. BSc (Hons) in Physics (UKM)1985.
2 MSc in Optical Electronics (Strathclyde, UK), 1990.

Experience:
1. 1985 - 1993 - Lecturer, School of Engineering (Physics & Electronics), UiTM
2. 1993 - 1996 - Senior Manager, Sapura Holdings (Uniphone Sdn Bhd-Fibre Optics Div)
3. 1997 - now - Own business

Businesses:
1. Eastell Sdn. Bhd.
- Construction, Renovation & Interior Decoration (ID)
2. AsSakinah Agro Farm
- Goat farming and trading, consultancy & training.
- Arowana fish farming and trading




Note: Beginning September 2012, our goat farming business has been renamed as Ladang Assakinah, with the entry of Mohd Amzari as the shareholder