Khamis, 3 Mac 2016

PEMASANGAN BUMBUNG PELINDUNG HUJAN  POLIKARBONAT

Kami membuat keputusan untuk memasang bumbung pelindung hujan bagi pokok-pokok tin kami. Pemasangan rangka besi untuk bumbung telah bermula beberapa hari lepas dan berjalan lancar.



Pokok-pokok tin kami dipindahkan dahulu buat sementara ke kawasan porsch kereta.

TENA MASAK LAGI

Alhamdulillah ... Hari ni dapat lagi merasa sebiji buah tin masak dari variety Tena hasil dari laman kami. 
Memang manisssss....
Belah dua kongsi dgn isteri ...kikikikii






Rabu, 2 Mac 2016

BUAH PERTAMA MASAK DI LAMAN KAMI

Alhamdulillah... Buah2 tin dari varietI Tena dah mula masak ...first time dpt merasa buah yg masak dari laman sendiri. 
Masak di pokok... pecah di mulut... hancur dlm perut.







Isnin, 8 Februari 2016

SISTEM FERTIGASI

Cuti Hari Raya Cina ni kami menafaatkan dengan menyiapkan sistem pengairan ala fertigasi untuk pokok-pokok tin kami.







Ahad, 7 Februari 2016

Isnin, 25 Januari 2016

BELI INDUK POKOK TIN

Hari ni kami menerima ketibaan 7 pohon induk pokok tin pelbagai varieti yang dibeli dari kebun Tn Hj Marzuki untk tujuan pembesaran dan penghasilkan anak tut.









Jumaat, 22 Januari 2016

JUALAN ANAK-ANAK POKOK TIN


Assalamualaikum wm wbt ...




Anak-anak pokok tin pelbagai varieti.
Ada yang minat?

Khamis, 26 November 2015

Assalamualaikum wm wbt ...

Selepas menutup dan menghentikan operasi kandang kambing pada hujung tahun 2013, saya menumpukan sepenuh masa terhadap bisnes ikan arowana, 

Setelah agak lama mengikuti perkembangan aktiviti penanaman pokok tin yang diceburi oleh rakan saya Tn Hj Marzuki Shafie, pada awal bulan ni saya menghadiri kursus fertigasi khusus bagi penanaman pokok tin.   

Di bawah ini adalah antara anak-anak pokok tin terawal yang saya beli untuk dibesarkan.


Jumaat, 10 Januari 2014

PENGUMUMAN TUTUP KANDANG


Assalamualaikum wm wbt ...

Adalah dimaklumkan bahawa sejak akhir 2013, pihak kami telah menutup kandang kambing kami serta  menghentikan aktiviti penternakan kambing. Pihak kami juga tidak lagi menjalankan aktiviti penjualan kambing.

Ini adalah kerana tamatnya tempoh sewaan tanah ladang penternakan kambing di Kg. Lubuk Kelubi di Hulu Langat.


Khamis, 21 Mac 2013

Pelajar Praktikal Part II


Assalamualaikum...
Di sini ade sedikit sambungan berkaitan dgn kegiatan pelajar praktikal di ladang kami...Kali ini kami memaparkan gambar pelajar2 senang menanam rumput nappier india dan mereka juga sibuk dgn menyediakan rumput dan pellet untuk pemakanan lembu yg seimbang...


Rumput nappier india...ditanam mencacak...sebaik baiknya ditanam secara mendatar utk lebihan percambahan tunas..takpe...belajar dulu...

Ladang bersih...tiap2 hari housekeeping..

Rumput2...

Halim.....menyediakan makanan lembu...

Lembu berebut-rebut utk makan

Selera makan bertambah dgn campuran gula merah dan garam...

Ali dan Halim..memantau keperluan makanan..cukup atau tidak?


Salam,
Mohd

Selasa, 19 Mac 2013

Pelajar Praktikal UPM

Assalamualaikum...

Pada 18 February lepas...pihak ladang assakinah menerima 3 orang pelajar dari UPM dari jurusan pertanian dan penternakan bagi mengikuti latihan praktikal di ladang kami selama 6 bulan.

Pihak ladang berbesar hati dgn kehadiran mereka...Pihak ladang membahagikan tugas bagi pelajar2 kami yg mengikuti latihan praktikal tersebut supaya mereka mendapat sedikit sebanyak ilmu berkaitan dgn penjagaan kesihatan kambing,ubat-ubatan dan juga penanaman rumput napier.

Di bawah adalah sedikit sebanyak gambar yg sempat kami ambik...InsyaAllah bnyk lagi gambar2 akan menyusul kemudian....Salam..



Posing dgn Anak kambing


Batang napier sedia untuk ditanam.


En Saleh tgh punggah batang napier.

Kerja-kerja membersih tong soya dijalankan..

Rumput Napier yg telah di potong..


Kambing Feral Akikah

Assalamualaikum wm wbkh... 

Tawaran kambing untuk ibadat akikah:
Harga dari RM700 dan ke atas (bergantung pada saiz).
Perkhidmatan sembelihan dan melapah juga disediakan.
Stok kambing boleh dilihat di ladang kami di Hulu Langat bagi yang ingin pilih sendiri...

Kambing Feral kami sihat dan 100% dilepaskan di padang ragut yang kami sediakan..Ini adalah penting bagi kambing Feral untuk menyesuaikan diri di persekitaran baru,cuaca baru setelah jauh merantau dari bumi Australia...

Bagi yang merancang untuk tempahan awal bagi tujuan akikah di kemudian hari juga di alu-alukan...

Berminat hubungi 0132584475 (En Salleh)...