Ahad, 27 April 2008

Kambing Kampung (Kacukan) Jantan Untuk Akikah

Kami telah membawa masuk kira-kira 100 ekor kambing kampung kacukan jantan untuk dijual bagi tujuan sembelihan akikah atau kenduri. Bagaimanapun, kesemua stok telah habis terjual memandangkan telah ada tempahan awal dibuat oleh pelanggan kami dari pelbagai tempat termasuk dari Utara dan Pantai Timur. Oleh itu, kami menasihatkan pembeli yang berminat supaya membuat tempahan awal memandangkan stok yang terhad dan permintaan yang tinggi. Harga jualan adalah RM470 seekor bagi pembelian minima 10 ekor. Bagaimanapun, bagi pembelian melebihi 30 ekor dan dengan membuat tempahan awal, harga masih boleh dirunding. Kami menjangka stok baru akan tiba dalam tempoh 3 minggu dari sekarang. Sila hubungi kami segera untuk membuat tempahan.

Tiada ulasan: