Jumaat, 3 Oktober 2008

Penerangan Pakej Pembakaan Boer

Sila klik di sini untuk pakej pembakaan yang ditawarkan


Penerangan Ringkas

Objektif pakej ini adalah untuk menggalakkan penternak menghasilkan sendiri anak Boer kacukan F1 tempatan dengan menggunakan induk dari baka selain Boer yang berharga lebih murah. Langkah ini dapat mengurangkan kos kerana penternak sememangnya memerlukan bilangan induk yang banyak bagi menjayakan program pembakaan, seterusnya memastikan kejayaan projek penternakan mereka. Adalah dianggarkan, penternak memerlukan sekurang-kurangnya 300 ekor induk untuk menjadikan sesuatu projek penternakan kambing mereka berdaya maju.

Untuk Pejantan, penternak yang berkemampuan digalakkan supaya menggunakan Boer Tulen (Fullblood) demi menghasilkan anak kacukan Boer F1 yang bermutu.

Masaalah Menggunakan Induk Boer
Induk Boer (dari Gread F3 ke atas) adalah pilihan terbaik untuk program pembakaan bagi menghasilkan anak-anak Boer bermutu tinggi. Walau bagaimana pun, harga pasarannya agak tinggi, iaitu kira-kira RM1 ribu dan ke atas. Di samping itu, risiko kematian induk Boer import sangat tinggi kerana alah kepada perubahan iklim setelah berhijrah ke negara kita dari Australia. Begitu juga dengan kaedah penternakan yang berbeza. Di Australia kambing diternak secara lepas bebas, kerana iklimnya yang panas kering di samping tanahnya yang luas. Di Malaysia pula kambing terpaksa diternak secara fidlot di dalam kandang. Perubahan ini menyebabkan induk Boer mengalami 'stress' setelah tiba di negara kita. Ramai penternak yang sudah serik dengan induk Boer import kerana risiko kematian yang tinggi, terutama di dalam tempoh 6 bulan pertama setelah tiba di negara kita.

Induk Koplo

Induk dari baka Koplo (berasal dari Indonesia) adalah pilihan utama dalam program pembakaan Boer yang kami tawarkan. Di samping harganya yang berpatuan, induk koplo agak lasak dan sememangnya sesuai dengan iklim negara kita kerana baka ini berasal dari Indonesia, iaitu negara yang iklimnya sama dengan iklim tempatan kita. Kaedah penternakan kambing di Indonesia juga sama dengan di negara kita di mana kambing dibela secara fidlot di dalam kandang.

Stok koplo induk berusia kira-kira 15 hingga 18 bulan



Pejantan Boer FB (dgn sijil) berusia lebih 2 tahun dan seberat kira-kira 80kg.


Contoh anak Boer F1 yang kami hasilkan di ladang kami menggunakan induk Koplo dan Pejantan Boer FB



Induk Feral
Sebagai alternatif, kami juga menawarkan Pakej Pembakaan Boer menggunakan induk Feral (dari Australia). Sebagaimana Koplo, kos induk Feral juga adalah rendah. Kebaikannya berbanding Koplo adalah baka Feral berbentuk badan yang lebih gemuk. Ia juga berbadan lebih rendah, memudahkan pejantan Boer memanjat semasa proses mengawan memandangkan pejantan Boer juga berbadan rendah . Walau bagaimana pun, risiko kematian adalah lebih tinggi bagi Feral yang baru tiba ke negara kita memandangkan ia berasal dari Australia, negara yang mempunyai iklim berbeza dengan negara kita.


Induk Feral


Contoh anak hasil kacukan Pejantan Boer FB dan induk Feral


Sila klik di sini untuk pakej yang ditawarkan



Tiada ulasan: