Khamis, 21 Oktober 2010

Menjadi Tetamu Allah...

Assalamualaikum wm wbkh pengunjung semua...
Kesibukan mempersiapkan diri untuk menjadi tetamu Allah termasuk menghadiri siri kursus haji di setiap hujung minggu bagi mempelajari  ilmu dan selokbelok menunaikan ibadat haji menyebabkan saya jarang sekali berpeluang menghantar posting baru dalam blog ini. Saya dan isteri, InsyaAllah pada hari Sabtu ini 23 hb Oktober 2010, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan fardhu haji. Doa-doakanlah agar dipermudahkan segala urusan haji kami dan semoga kami mendapat haji yang mabrur. Juga agar dipermudahkan perjalanan kami serta semoga kami selamat pergi dan selamat kembali.
Dalam pada itu juga, sepanjang tahun 2010 ini saya agak kurang aktif dalam industri pernternakan kambing kerana sibuk memulakan dan mengembangkan bidang yang baru saya ceburi sejak hampir setahun lalu iaitu bidang akuakultur, khususnya industri membela ikan arowana. Kini alhamdulillah, saya kira ianya sudah agak stabil, sudah mula membuahkan hasil dan sudah memberikan pendapatan bulanan yang agak lumayan.
Saya bercadang untuk aktif semula dalam industri penternakan kambing dan telah merancang untuk membuat beberapa perubahan apabila pulang dari menunaikan fardhu haji nanti, IsyaAlllah, sungguhpun pulangan dari pelaburan dalam industri ini memerlukan masa yang agak lama untuk diperolehi. Semoga ia dapat menjadi aktiviti memenuhi masa lapang serta pulangannya dapat dijadikan sumber pendapatan pada hari tua nanti...insyaAllah

Sekian dahulu...

assalamualaikum wm wbkh!

Tiada ulasan: