Khamis, 25 Ogos 2011

Musim Kelahiran Baru Ogos 2011

Assalamualaikum wm wbkh!
Sudah agak lama sangat saya tidak membuat 'update' pada blog ini dengan berita dan maklumat bermakna. Pada musim kelahiran lepas yang bermula dari Januari 2011 sehingga April 2011, kami mendapat 28 ekor anak-anak kambing baru. Walau bagaimanapun, 4 ekor telah mati. Jadi, baki yang masih hidup sehingga ke hari ini adalah 24 ekor.

Sejak 2 minggu lepas, iaitu bermula dari 10 Ogos, kumpulan kedua induk kambing kami yang bunting telah mula melahirkan anak. Kali ini agak menarik sedikit kerana 4 ekor darinya beranak kembar, manakala seekor induk Boer pula melahirkan anak 3. Baki 17 ekor lagi hanya beranak tunggal. Jadi, jumlah yang lahir setakat ini pada musim kelahiran kali ini adalah 28 ekor. Walau bagaimana pun, 3 darinya lahir dalam keadaan lemah dan telah mati beberapa hari selepas dilahirkan.

Dari itu, jumlah anak kambing yang kami dapati kali ini adalah 25 ekor.

InsyaAllah saya akan 'update' lagi nanti beserta gambar-gambar sekali.....



Tiada ulasan: