Isnin, 10 Disember 2012

AULIA PRIMA CITRA

Assalamualaikum....

Pada tanggal 23 Nov yg lalu kami telah berbesar hati menerima kunjungan dr AULIA PRIMA CITRA (Drh.H.Zainul Muslimin / Ir.Hj.Nur Hayati) dari Indonesia .Untuk makluman, Saudara H. Zainul Muslimin merupakan penternak Ettawa di Indonesia.Kedatangan beliau adalah untuk melihat sendiri bagaimana Ladang Assakinah beroperasi dan berkongsi pengalaman ttg cara pengurusan dan penjagaan kambing di sini..... di samping itu juga bertukar ilmu mengenai peternakan kambing serta menjalin silaturahmi sesama saudara muslim.

Pihak Assakinah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Tuan Hj. Zainul membuat lawatan sambil berkongsi cerita bersama kami....

Bersama ini disertakan gambar Drh.H.Zainul Muslimin bersama En Saleh salah seorang pekerja Ladang Assakinah untuk makluman semua.....




Harap maklum
Mohd/Suhaimi

Tiada ulasan: