Khamis, 12 Februari 2009

Kambing Feral Jantan Untuk Akikah/Sembelihan

Kami menawarkan kambing jantan untuk akikah dari baka FERAL dan BOER Weathers (Australia).

Penghantaran akan kami uruskan samaada dari ladang kami atau terus dari KLIA ke kandang penternak di mana-mana lokasi di Semenanjong dengan kos minima (kos bergantung kepada lokasi).

Harga jualan mengikut kuantiti belian samaada borong atau runcit:


Belian Borong (Digalakkan Tempahan Awal !!!)

1. Kambing FERAL -

Harga:

i. Berat : 30-40kg - RM4,500 untuk 10 ekor

ii. Berat : 40-50kg - RM5,000 untuk 10 ekor


2. Kambing BOER Weathers - ciri-ciri: bersaiz besar, berat sekitar 40kg.

(Nota: Boer jantan ini tiada buah zakar/dikasi/castrated)
Harga : RM5,000 untuk 10ekor


Khamis, 5 Februari 2009

KHAS !!! Jualan Borong Induk Koplo Terus dari Kuarantin


Kami menawarkan harga ISTIMEWA jualan borong untuk Induk Koplo dari Indonesia. Tawaran ini adalah melalui tempahan sahaja dengan pembelian minima 50 ekor dan akan dihantar terus ke ladang anda dari Pusat Kuarantin KLIA.

Anggaran berat purata: 20kg
Umur purata: 12 bulan

Harga tawaran : Sila hubungi kami untuk dapatkan harga tawaran terkini

Penghantaran ke mana-mana destinasi di Semenanjong boleh diuruskan, InsyaAllah.

Berminat hubungi kami untuk keterangan lanjut di talian 019-2231507.

Rabu, 4 Februari 2009

Tawaran Induk Koplo dan Pejantan Boer FB dan F4

Kami mempunya stok kira-kira 50 ekor kambing induk betina dari baka koplo (iaitu sejenis baka kacukan jamnapari dengan kampung) . Ternakan ini telah tiba di negara kita dari Indonesia kira-kira 4-6 bulan yang lepas. Setelah mengalami proses pemulihan dari 'stress' dan proses penggemukan serta rawatan yang perlu, kini berada dalam keadaan sihat dan cergas, Alhamdulilllah!

Sebahagiannya telah juga diberi rawatan pelalian terhadap pneumonia, pembunuh utama ternakan kambing terutama di musim hujan/tengkujuh. Risiko kematian adalah dijangka rendah, InsyaAllah.

Nota: Sila klik di sini untuk mengenali kambing Koplo







Gambar-gambar induk dan dara Koplo

Harga tawaran kami:

Harga jualan (borong) :

1. Berat anggaran 20-25kg - harga RM600.00
2. Berat anggarani 25kg ke 30kg - harga RM650. (kumpulan belum diberi vaksin pneumonia)
3. Berat anggarani 25kg ke 30kg - harga RM700. (kumpulan telah diberi vaksin pneumonia)


Pakej Pembakaan Boer Fullblood (FB)
AsSakinah Agro Farm juga menawarkan pakej pembakaan Boer dengan mengkacukkan Pejantan Boer FB dengan induk Koplo.
(Nota : Sila klik di sini untuk mendapatkan penerangan mengenai Pakej ini)

Pejantan Boer FB


1. Pakej 1 Boer FB + 10 Induk Feral
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
10 ekor Induk Feral berusia kira-kira 15-18 bulan
(berat anggaran 25-30kg)
Harga: RM10ribu
Induk dan dara Feral


2. Pakej 1 Boer FB + 10 Induk Koplo
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
20 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 15-18 bulan
(berat anggaran 25-30kg)
Harga: RM17ribu


3. Pakej 1 Boer FB + 20 Induk Koplo

1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
20 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 15-18 bulan
(berat anggaran 25-30kg)
Harga: RM16,900


4. Pakej 1 Boer FB + 30 Induk Koplo
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
30 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 15-18 bulan
(berat anggaran 25-30kg)
Harga: RM23,800


Untuk pembelian dengan kuantiti besar (lebih dari 1 pakej), harga masih boleh dirunding.

Berminat sila hubungi kami di 019-2231507 (Suhaimi)


Pakej Pembakaan Boer F4 TERHAD !!!

Kami juga menawarkan Pakej berikut:

Pakej Boer F4:
1. 1 ekor Pejantan Boer F4 (anak tempatan) berumur kira-kira 10-11 bulan, berat 35kg.
2. 20 ekor Koplo dara berusia antara 8 hingga 12 bulan (berat anggaran 15kg - 20kg)
Harga Tawaran RM12,200


Lain-lain Tawaran

1. Induk Jamnapari PE
2. Kambing Akikah


Penghantaran
Penghantaran ke mana-mana destinasi di Semenanjong boleh diuruskan dengan kos ditanggong oleh pembeli.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi)

Isnin, 2 Februari 2009

Tawaran Kambing Jantan Akikah

KEMASKINI 2 Febuari 2009
Kami menawarkan 3 jenis baka kambing jantan untuk akikah iaitu kambing FERAL (Australia), kambing BOER Weathers (Australia) dan kambing RANDO (kambing kampung kacukan) dari Indonesia.

Penghantaran akan kami uruskan terus dari KLIA ke kandang penternak di mana-mana lokasi di Semenanjong dengan kos minima (kos bergantung kepada lokasi).

Harga jualan mengikut kuantiti belian samaada borong atau runcit:


Belian Borong (Perlu Tempahan Awal !!!)

1. Kambing FERAL -

Harga:

i. Berat : 30-40kg - RM4,500 untuk 10 ekor

ii. Berat : 40-50kg - RM5,000 untuk 10 ekor


2. Kambing BOER Weathers - ciri-ciri: sudah tanggal sekurang-kurangnya sepasang gigi, bersaiz besar, berat sekitar 30-40kg. Keadaan sempurna untuk terus disembelih bagi akikah (Nota: Boer jantan ini tiada buah zakar/castrated)
Harga : RM5,000 untuk 10ekor


1. Kambing Rando (Kampong Kacukan Indonesia) - ciri-ciri: kebanyakan sudah cukup umur iaitu sudah tanggal sepasang gigi. Bersaiz sederhana, berat sekitar 25 - 27kg, keadaan sempurna untuk disembelih bagi akikah.
Harga: RM5,500 untuk 10 ekor.

Kemaskini2 Febuari 2009 - Tawaran Terhad!!! 50 Ekor Untuk RM520 seekor, sementara stok masih ada




Belian Runcit

1. Kambing Rando (Kampung Kacukan Indoneisa) - ciri-ciri: sudah tanggal sekurang-kurangnya sepasang gigi, saiz agak kecil, berat sekitar 25-30kg, keadaan sempurna dan sesuai untuk terus disembelih bagi akikah.
Harga : RM600 seekor.



2. Kambing FERAL - ciri-ciri: sudah tanggal sekurang-kurangnya sepasang gigi, bersaiz besar, berat sekitar 30-40kg. Keadaan sempurna untuk terus disembelih bagi akikah.
Harga : RM600 - RM800 seekor.



3. Kambing BOER - ciri-ciri: sudah tanggal sekurang-kurangnya sepasang gigi, bersaiz besar, berat sekitar 30-40kg. Keadaan sempurna untuk terus disembelih bagi akikah (Nota: Boer jantan ini tiada buah zakar/castrated)
Harga : RM600 - RM800 seekor.



NOTA: Kami juga menyediakan Pakej Masakan Daging Kambing beserta perkhidmatan penghantaran.

Berminat hubungi Suhaimi di 019-2231507


Rabu, 21 Januari 2009

Pakej 9 Ekor Induk Boer F3 Tempatan (Bunting)




Pakej 9 Ekor Induk Boer F3 Tempatan

Lahir di Malaysia dan sesuai dengan iklim tempatan. Semuanya dalam keadaan sihat dan cergas, InsyaAllah.Sebahagiannya bunting.
Harga borong: RM6,500.00
(Nota: Ditawarkan dengan harga murah kerana kesemua induk ini sudah berumur iaitu melebihi 4 tahun)

Penghantaran boleh diuruskan. Terhad!!! Siapa cepat dia dapat.
Berminat hubungi kami di talian 019-2231507.

Isnin, 17 November 2008

Jualan Borong Kambing Akikah/Korban

Kami menawarkan 2 jenis baka kambing jantan untuk akikah/korban iaitu kambing FERAL dan BOER weathers (kasi). Harga tawaran untuk belian borong adalah seperti berikut:

Nota: Belian Borong Perlu Tempahan Awal !!!

1. Kambing FERAL - ciri-ciri: cukup umur/sudah tanggal sepasang gigi. Bersaiz besar, berat sekitar 30-40kg. Keadaan sempurna untuk terus disembelih bagi akikah/korban.
Harga : RM4,800 untuk 10 ekor.



3. Kambing BOER Weathers - ciri-ciri: cukup umur/sudah tanggal sekurang-kurangnya sepasang gigi, bersaiz besar, berat sekitar 30-40kg. Keadaan sempurna untuk terus disembelih bagi akikah/korban (Nota: Ini adalah Boer jantan yang dikasi/castrated dan tiada buah zakar)
Harga : RM5,000 untuk 10ekor


Penghantaran boleh diuruskan ke mana-mana destinasi di Semenanjong Malaysia. Berminat sila hubungi Suhaimi di 019-2231507


Rabu, 15 Oktober 2008

Pakej Pembakaan Boer

Kami di AsSakinah Agro Farm telah membuka kembali tawaran bagi Pakej Pembakaan Boer iaitu seperti berikut:
(Nota : Sila klik di sini untuk mendapatkan penerangan mengenai Pakej ini)


1. Pakej Boer FB/Induk Feral
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
10 ekor Induk Feral berusia kira-kira 12-15 bulan
Harga: RM9ribu

2. Pakej Boer FB/Induk Koplo
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
20 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 10-12 bulan
Harga: RM15ribu

3. Pakej Boer FB/Induk Koplo
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
20 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 12-15 bulan
Harga: RM16ribu

4. Pakej Boer FB/Induk Koplo

1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 30bulan
20 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 18-24 bulan
Harga: RM17,500

Untuk pembelian dengan kuantiti besar (lebih dari 1 pakej), harga masih boleh dirunding).

Berminat sila hubungi kami di 019-2231507 (Suhaimi)

Jumaat, 3 Oktober 2008

Penerangan Pakej Pembakaan Boer

Sila klik di sini untuk pakej pembakaan yang ditawarkan


Penerangan Ringkas

Objektif pakej ini adalah untuk menggalakkan penternak menghasilkan sendiri anak Boer kacukan F1 tempatan dengan menggunakan induk dari baka selain Boer yang berharga lebih murah. Langkah ini dapat mengurangkan kos kerana penternak sememangnya memerlukan bilangan induk yang banyak bagi menjayakan program pembakaan, seterusnya memastikan kejayaan projek penternakan mereka. Adalah dianggarkan, penternak memerlukan sekurang-kurangnya 300 ekor induk untuk menjadikan sesuatu projek penternakan kambing mereka berdaya maju.

Untuk Pejantan, penternak yang berkemampuan digalakkan supaya menggunakan Boer Tulen (Fullblood) demi menghasilkan anak kacukan Boer F1 yang bermutu.

Masaalah Menggunakan Induk Boer
Induk Boer (dari Gread F3 ke atas) adalah pilihan terbaik untuk program pembakaan bagi menghasilkan anak-anak Boer bermutu tinggi. Walau bagaimana pun, harga pasarannya agak tinggi, iaitu kira-kira RM1 ribu dan ke atas. Di samping itu, risiko kematian induk Boer import sangat tinggi kerana alah kepada perubahan iklim setelah berhijrah ke negara kita dari Australia. Begitu juga dengan kaedah penternakan yang berbeza. Di Australia kambing diternak secara lepas bebas, kerana iklimnya yang panas kering di samping tanahnya yang luas. Di Malaysia pula kambing terpaksa diternak secara fidlot di dalam kandang. Perubahan ini menyebabkan induk Boer mengalami 'stress' setelah tiba di negara kita. Ramai penternak yang sudah serik dengan induk Boer import kerana risiko kematian yang tinggi, terutama di dalam tempoh 6 bulan pertama setelah tiba di negara kita.

Induk Koplo

Induk dari baka Koplo (berasal dari Indonesia) adalah pilihan utama dalam program pembakaan Boer yang kami tawarkan. Di samping harganya yang berpatuan, induk koplo agak lasak dan sememangnya sesuai dengan iklim negara kita kerana baka ini berasal dari Indonesia, iaitu negara yang iklimnya sama dengan iklim tempatan kita. Kaedah penternakan kambing di Indonesia juga sama dengan di negara kita di mana kambing dibela secara fidlot di dalam kandang.

Stok koplo induk berusia kira-kira 15 hingga 18 bulan



Pejantan Boer FB (dgn sijil) berusia lebih 2 tahun dan seberat kira-kira 80kg.


Contoh anak Boer F1 yang kami hasilkan di ladang kami menggunakan induk Koplo dan Pejantan Boer FB



Induk Feral
Sebagai alternatif, kami juga menawarkan Pakej Pembakaan Boer menggunakan induk Feral (dari Australia). Sebagaimana Koplo, kos induk Feral juga adalah rendah. Kebaikannya berbanding Koplo adalah baka Feral berbentuk badan yang lebih gemuk. Ia juga berbadan lebih rendah, memudahkan pejantan Boer memanjat semasa proses mengawan memandangkan pejantan Boer juga berbadan rendah . Walau bagaimana pun, risiko kematian adalah lebih tinggi bagi Feral yang baru tiba ke negara kita memandangkan ia berasal dari Australia, negara yang mempunyai iklim berbeza dengan negara kita.


Induk Feral


Contoh anak hasil kacukan Pejantan Boer FB dan induk Feral


Sila klik di sini untuk pakej yang ditawarkan



Rabu, 10 September 2008

Pakej Pembakaan Boer Dgn Pejantan Boer

Kami menawarkan 3 pilihan pakej kepada pembeli:

1. Pakej Boer FB TERHAD !!! Kemaskini 20 Sept - Tawaran Pakej Ini Sudah Ditutup

Objektif pakej ini adalah untuk menggalakkan penternak untuk menghasilkan sendiri anak Boer kacukan F1 tempatan dengan menggunakan induk Koplo (dari Indonesia) dan Pejantan Boer FB. Ini dapat mengurangkan kos kerana induk Koplo jauh lebih murah harganya berbanding induk Boer. Di samping itu, risiko kematian induk Boer import sangat tinggi kerana alah kepada perubahan iklim setelah berhijrah ke negara kita dari Australia. Kaedah penternakan di Australia adalah secara lepas bebas, kerana iklimnya yang panas kering di samping tanahnya yang luas. Di Malaysia pula kambing terpaksa diternak secara fidlot di dalam kandang. Perubahan ini menyebabkan induk Boer mengalami 'stress' setelah tiba di negara kita. Ramai penternak yang sudah serik dengan induk Boer import kerana risiko kematian yang tinggi, terutama di dalam tempoh 6 bulan pertama setelah tiba di negara kita.

Induk koplo agak lasak dan sememangnya sesuai dengan iklim negara kita kerana baka ini berasal dari Indonesia, iaitu negara yang iklimnya sama dengan iklim tempatan kita. Kaedah penternakan kambing di Indonesia juga sama dengan di negara kita di mana kambing dibela secara fidlot di dalam kandang.


Pakej yang kami tawarkan adalah seperi berikut:

1. 1 ekor Pejantan Boer Fullblood dgn Sijil - usia 2 thn lebih, anggaran berat 70-80kg (telah berada di Malaysia sejak 12 bulan lalu)
2. 20 ekor Koplo induk - usia sekitar 15 - 18 bulan, berat sekitar 25-30kg

Harga RM17,500 sahaja

Stok koplo induk berusia kira-kira 15 hingga 18 bulan



Pejantan Boer FB (dgn sijil) berusia lebih 2 tahun dan seberat kira-kira 70kg.

Kesemua ternakan dalam keadaan sihat dan cergas. Risiko sakit dan kematian akibat 'stress' adalah rendah kerana telah mengalami penyesuaian (climatised) dengan iklim dan persekitaran tempatan.


Contoh anak Boer F1 yang kami hasilkan di ladang kami menggunakan induk Koplo dan Pejantan Boer FB



2. Pakej Induk Sahaja TAWARAN KHAS PENGHABISAN STOK !!! Masih Dibuka

1. 10 ekor Koplo induk - usia sekitar 12 - 15 bulan, berat sekitar 25-30kg
Sudah sedia untuk dikahwinkan dengan Pejantan.

Harga asal RM6,500
Harga Tawaran Khas RM6,200 sahaja.
Sah Sehingga 25 September 2008



Penghantaran
Penghantaran ke mana-mana destinasi di Semenanjong boleh diuruskan dengan kos ditanggong oleh pembeli.

Lain-lain pakej

Untuk lain-lain pakej, sila hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi)



Selasa, 9 September 2008

Tawaran Jamnapari Tulen (PE) dan Kacukan


Kami mempunyai 10 ekor Jamnapari Tulen (Peranakan Ettawa) dara dan induk untuk dijual. Harga bermula dari RM900 ke atas.
Untuk melihat gambar-gambar serta keterangan lanjut termasuk harga, sila klik di sini.

Juga kami masih mempunyai stok kira-kira 20 ekor Jamnapari kacukan/koplo induk yang sudah sedia untuk dikahwinkan dengan pejantan. Semuanya dalam keadaan cergas dan sihat, Insya'Allah.

Penghantaran ke mana-mana destinasi di Semenanjong boleh diuruskan dengan kos ditanggong oleh pembeli.

Berminat hubungi Suhaimi 019-2231507

Khamis, 4 September 2008

Pakej Bimbingan Usahawan Ternak

Sila klik di sini untuk keterangan mengenai Program Bimbingan Usahawan Ternak.


HARGA : RM40 ribu

Pakej ini mengandungi perkara-perkara berikut:

A. Kambing Baka
1. 2 ekor pejantan Boer Fullblood (FB)
2. 20 ekor induk betina kacukan berusia antara 15-18 bulan, berat anggaran antara 25-30kg
3. 20 ekor induk betina kacukan berusia antara 12-14 bulan, berat anggaran antara 20-25kg
4. 10 ekor dara kacukan berusia antara 9-11 bulan, berat anggaran antara 15-20kg.

B. Lain-lain (PERCUMA):
1. Bekalan makanan konsentrat (goat palet) yang bermutu tinggi untuk tempoh 4 minggu
2. Supplement
3. Ubat-ubatan asas
4. Kursus & Bimbingan
5. Latihan Praktikal pekerja di ladang kami secara sangkut/'attachment' selama kira-kira 2 minggu di mana pekerja tersebut dilatih membela kambing yang telah dibeli di kandang kami terlebih dahulu.


Penghantaran ke destinasi KL/Selangor/NS.
(Untuk destinasi selain ini, kos minima akan dikenakan)

Rabu, 3 September 2008

Karkas Kambing Boer Segar


Peluang baik untuk pengusaha restoran dan `food caterer` mendapatkan bekalan daging kambing Boer segar !!!

Kami bersedia membekal karkas kambing Boer segar untuk tujuan masakan, kenduri dan barbeque. Harga RM45 per kg tidak termasuk penghantaran (sebagai contoh bag karkas dengan berat bersih 15 kg, harga adalah RM675 . Berat ini adalah tidak termasuk perut, organ dalaman dan kulit). Harga masih boleh dirunding bergantung kepada kuantiti dan kekerapan pembelian.

Berminat hubungi Suhaimi di 019-2231507.