Jumaat, 18 Januari 2013

Dari Raudah ke Assakinah

Assalamualaikum.....

Pada tanggal 17 Januari ladang assakinah menerima penjantan baru Baka Boer dari Raudah Biotech farm...

Penjantan ini berusia lingkungan 1 tahun setengah.Hasil pembiakan AI dari Raudah farm dan juga dari keturunan Bravo.

Menurut apa yg saya tahu Bravo ini merupakan anak kepada Cyclone dan Cyclone ini adalah baka boer yg mendapat tempat kedua of World Show 2005.

Pihak ladang assakinah amat berterima kasih atas kerjasama dari pihak Ar Raudah Biotech farm kerana dapat menjual baka yg baik untuk kami.

Di sini saya snap sedikit sebanyak gambar penjantan baru kami...Nama blom ade...panggil jantan cukup lah...



Dr periksa gigi dulu..

Selamat tinggal Dr...

Pemandangan di Raudah...mcm tempat main golf

Sudah sampai destinasi...


 Tu dia...


Masih homesick...tak mau pindah..

Ini dia penjantan baru...selamat datang..

Wassalam,
Mohd


Isnin, 14 Januari 2013

Jualan Anak Kambing

Assalamualaikum....

Ladang assakinah ingin menjual 10 ekor anak kambing betina dan 5 ekor anak kambing jantan yg berusia kurang dari 1 tahun..

Anak-anak kambing tersebut terdiri daripada pelbagai kacukan...Ada anak kambing boer,anak kambing jamna dan juga anak kambing boer cross feral...


Bagi penternak-penternak yg baru ingin memilki dan tengah mencari anak kambing yg sihat dan cergas...buleh kunjungi kami di Ladang assakinah untuk lihat sendiri,pilih dan membuat pembelian..

Harga Anak kambing bermula dari RM350-RM450 bagi betina dan RM 400-RM500 bagi anak kambing jantan...Harga mengikut saiz dan berat..
Harga borong lain cerita....

Hubungi En Salleh 0132584475 untuk membuat pembelian...

Wassalam
Mohd












Selasa, 8 Januari 2013

Kelahiran Baru...



Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2013 kami ucapkan dari ladang assakinah..Pada awal januari ini,ladang kami telah menerima 6 ekor anak yg kembar dari 3 ekor induk..bersama juga 2 ekor anak jantan di penghujung tahun 2012.

Induk adalah dari baka boer,jamnapari dan juga Feral.2 ekor anak kelahiran dari induk Feral yg kawinkan dengan Boer FB kami...ternyata anak yg lahir amat aktif sesuai sifat genetik yg ada pada kambing Feral yg terkenal dgn sifat yg lasak dan kuat...Berikut adalah sedikit sebanyak gambar yg sempat kami ambil di ladang...



Anak kembar jamna cross

Anak kembar Boer


Anak kembar jamna putih





Anak Feral cross Boer

Anak kacukan Feral dan Boer

Anak feral tgh aktif melompat-lompat



Anak Feral cross boer

Anak kacukan Feral dan Boer


Kembar hisap susu



Tak perlu ajar...Lepas lahir terus pandai hisap susu ibu



Tidor kekenyangan

Mase bermain..



Salam
Mohd















Sabtu, 29 Disember 2012

Aqiqah 28 Dec 2012

Assalamualaikum...

Disini ade snap shot gambar-gambar bagi ibadat aqiqah semalam...Kambing feral tersebut disembelih sendiri oleh tuan pembeli...

Allhamdulillah semua process berjalan lancar...dan pembeli juga berpuas hati kerana kambing tempahan beliau kelihatan lebih gemuk dan bulu lebih licin berbanding seminggu yang lepas....Soya adalah pilihan utama bagi makanan kambing feral ni...sebab itu berat badan cepat naik...Selain itu juga pihak ladang assakinah ade juga memberi mineral dan vitamins tambahan(Nopstress Red) bagi semua kambing-kambing di kandang kami dan diselangi dengan molasses sebagai tenaga tambahan mengikut jadual yang telah kami tetapkan...Syukur...Untuk keterangan lanjut hubungi En Salleh di talian 0132584475..




Salam
Mohd

Sabtu, 22 Disember 2012

Aqiqah Feral Putih...

Assalamualaikum semua...

Pada hari ini kami sempat mengambil gambar 2 ekor kambing Feral di ladang kami bagi tujuan ibadat aqiqah untuk di sembelih.




Kambing Feral putih ini salah satu dari kambing-kambing feral yang besar kami ade...yang selebihnya sudah terjual...tinggal yang kecil-kecil...Rata-rata pembeli memang cari yang besar macam ni...barula banyak dagingnya...


Bagi yang masih mencari kambing untuk tujuan aqiqah atau kenduri...buleh lah kunjungi ke ladang kami di Hulu Langat...Kami masih mempuyai stock kambing feral dan Biri-biri Merino untuk di jual bagi tujuan yang tersebut...

Gambar di bawah ni pula adalah induk-induk betina yang tgh khusyuk makan rumput...dan juga bukan untuk dijual...Sekadar hiasan post kali ini...


Hubungi En Salleh di talian 0132584475 untuk pembelian..

Isnin, 10 Disember 2012

AULIA PRIMA CITRA

Assalamualaikum....

Pada tanggal 23 Nov yg lalu kami telah berbesar hati menerima kunjungan dr AULIA PRIMA CITRA (Drh.H.Zainul Muslimin / Ir.Hj.Nur Hayati) dari Indonesia .Untuk makluman, Saudara H. Zainul Muslimin merupakan penternak Ettawa di Indonesia.Kedatangan beliau adalah untuk melihat sendiri bagaimana Ladang Assakinah beroperasi dan berkongsi pengalaman ttg cara pengurusan dan penjagaan kambing di sini..... di samping itu juga bertukar ilmu mengenai peternakan kambing serta menjalin silaturahmi sesama saudara muslim.

Pihak Assakinah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Tuan Hj. Zainul membuat lawatan sambil berkongsi cerita bersama kami....

Bersama ini disertakan gambar Drh.H.Zainul Muslimin bersama En Saleh salah seorang pekerja Ladang Assakinah untuk makluman semua.....




Harap maklum
Mohd/Suhaimi

Isnin, 3 Disember 2012

Jualan December 2012

Assalamualaikum semua...

Bagi yang masih mencari kambing untuk tujuan aqiqah atau kenduri...buleh lah kunjungi ke ladang kami di Hulu Langat...

Jenis kambing yang kami ialah terdiri daripada Feral besar >38kg dan Feral kecik <35kg...induk betina cross dan juga biri-biri Merino >38kg...


Harga bergantung kepada berat dan jenis kambing....

Bagi penternak-penternak baru...anak kambing pun kami ade jual...datang tengok dan pilih sendiri di ladang kami untuk pemilihan yang terbaik...

Anak-Anak Kambing dari Ladang Assakinah

Hubungi En Salleh di talian 0132584475 untuk pembelian..
Bagi yang ingin borong kambing dari ladang kami..buat mase sekarang stock masih terhad dan tidak mencukupi...

InsyaAllah 2-3 mnggu lagi kambing baru akan sampai....

Bagi yang ingin datang...jangan lupa ikuti signboard ladang kami yg kami sediakan dari Bukit Ampang sampai lah ke ladang kami...



Signboard Ladang Assakinah...

Wassalam
Mohd

Jumaat, 30 November 2012

Kandang Experiment Fodder Solution

Assalamualaikum....

Untuk pengetahuan semua..bebehari sebelum MAHA bermula..kami dari pihak ladang assakinah ade membuat lawatan ke kandang experiment ataupun kandang ujikaji ternakan kambing yang 100% makan menggunakan rumput barli hydroponik di Sepang...ataupun sekarang popular dgn name Fodder Solutions...

Dari pemerhatian kami...rumput barli ini sangat bagus,bersih daripada kotoran persekitaran luaran dan juga bebas dari segi ancaman kuman atau cacing yg hidup di permukaan rumput itu sendiri...di banding kan dgn rumput yg di tanam di luar..

Ini adalah kerana,rumput ini dijaga dari segi kualitinya,keamatan cahaya fotosintesinya dan juga tahap kelembapannya di dalam sebuah kontena khas untuk tujuan pertumbuhan yg hanya memakan masa selama 6 hari...

Bagi pendapat kami...jika penternak-penternak di luar sana yg menghadapi masalah seperti tidak mempunyai tanah,kawasan ternakan selalu banjir,rumput tidak cukup,rumput selalu dicemari...oleh yg demikian teknologi fodder solution ini adalah jawapan kepada masalah tersebut..Sebuah unit Fodder Solutions yang berkapasiti pengeluaran antara 100 kg (T24) hingga 435 kg (T108) sehari ...bnyk tuh

hahah..formal sgt lah bunyi nye ni....maklum lah barang mahal...

Bagi yang bercadang utk melihat secara dekat dan mendapatkan maklumat lebih lanjut dari segi kandungan nutrien...kos dan lain2..buleh laa kunjungi ke MAHA 2012...di booth MTG Agritrade...dan bagi yg bercadang untuk beli..buleh hubungi En Nordin Mat di talian 0123791239...jgn lupe bg tahu En Nordin ini yg no dia dpt daripada ladang assakinah...InsyaAllah buleh laa dia bagi diskaun skit...

Layan snapshot dibawah yer..


Kambing-kambing boer baru diberi makan rumpur barli


Nampaknya semua berselera


100% rumput barli...

Ladang Assakinah masih lagi membuat ujikaji kos berkaitan dgn teknologi fodder solution ini..insyaAllah tahun depan kalau budget sume ok...buleh laa order satu...

Wassalam,
Mohd

Khamis, 29 November 2012

Facebook Ladang Assakinah

Assalamualaikum semua....

Untuk makluman Ladang Asskinah telah pun mendaftarkan diri ke laman maya yg terkenal akhir-akhir ni...iaitu laman web Facebook...

Disebabkan ramai yg menghantar email kepada kami supaya informasi atau jualan dari ladang kami juga dimuatkan di dalam facebook yg lebih dikatakan lebih effektif dan lebih menarik kepada pengguna-penguna sekalian.

Informasi dari facebook juga lebih cepat sampai kepada pengguna atau pembeli-pembeli kambing di luar sana...

Oleh yang demikian....selalu-selalu lah kunjungi laman web facebook kami di Ladang Assakinah untuk informasi-informasi terkini yer...







Sila likes:Ladang Assakinah di Facebook kami...

Terima Kasih..
Mohd