Selasa, 24 Jun 2008

Stok Baru Tiba Lagi !!!

Salam semua...

Stok terbaru kambing kampung kacukan jantan dari Indonesia tiba lagi. Harga borong RM480 seekor. Ladang kami kini mempunyai hampir 300 ekor kambing pelbagai baka untuk ditawarkan kepada pembeli.


Stok kambing kampung kacukan jantan untuk akikah dari Indonesia berjumlah kira-kira 100 ekor. Harga borong untuk pembelian minima 10 ekor ialah Rm480 seekor.

Untuk kuantiti besar, harga masih boleh dirunding.

Ahad, 15 Jun 2008

June Sales - Updated!! 200 Ekor Kambing Untuk Dijual

Salam semua...

Untuk bulan Jun ini, AsSakinah Agro Farm menawarkan hampir 200 ekor kambing-kambing terpilih untuk dijual. Ia terdiri dari kambing baka untuk penternakan dan kambing jantan untuk akikah. Kumpulan ini merupakan kambing-kambing terpilih (berkualiti tinggi) dari stok keseluruhan kambing yang kami import, telah diberi pelbagai rawatan yang perlu, dan diberi makan secara intensif untuk memulihkan keadaan mereka dan mempercepatkan penyesuaian dengan persekitaran baru negara kita. Insya'Allah semuanya dalam keadaan sihat.

Sebahagian dari stok kambing ini telah berada di kandang kami sejak lebih 2 bulan lalu, dan Insya'Allah telah sesuai sepenuhnya dengan persekitaran tempatan.

Bagi kambing baka kami menawarkan induk dari baka Jamnapari 15 ekor (RM900 ke atas), Jamnapari kacukan 20 ekor (RM650 ke atas), Koplo 100 ekor (RM500 ke atas) dan 20ekor Boer f3/f4 dara (RM1,200). Baka jantan pula adalah Boer Fullblood dengan sijil dan Pejantan kacukan Jamnapari/Boer.


Contoh Jamnapari induk berusia kira-kira 1 tahun..



Stok Jamnapari kacukan dara, berusia dari 15 hingga 16 bulan


Stok koplo dara berusia berjumlah kira-kira 100 ekor dari 8 bulan ke atas.





Stok Boer F4 dara berusia 8 bulan ke atas, kuantiti terhad kira-kira 20 ekor sahaja.



Untuk akikah, kami menawarkan feral bersaiz besar/Super (40-45 kg) berharga (borong) RM550 seekor dan kambing kampung Indonesia (22-28kg) berharga RM480 seekor. Penjualan borong kambing akikah adalah berdasarkan tempahan

Kambing Feral jantan untuk akikah



Kambing kampung kacukan jantan dari Indonesia untuk akikah


Berminat hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi).

Jumaat, 9 Mei 2008

Jualan Borong Koplo Betina

Salam semua...



stok kambing Koplo dari Indonesia yang kami bawa masuk lebih 6 bulan lalu kini telah sedia untuk dijual. Kambing-kambing tersebut kini dalam keadaan sihat dan telah mengalami penyesuaian dengan keadaan tempatan, Insya'Allah.



Ciri-ciri kambing:

Umur dari 9-12 bulan
Berat purata melebihi 20kg
Harga RM5,500 untuk 10 ekor / RM11 ribu untuk 20 ekor


Bilangan yang masih berbaki untuk dijual adalah 30 ekor.

Isnin, 5 Mei 2008

Induk Betina Anglo-Nubian Kacukan

Salam semua...


tawaran terbaru dari AsSakinah Agro Farm adalah induk betina Anglo-Nubian/kampung kacukan yang berusia lebih 2 tahun dan kebanyakannya pernah beranak sekali. Berat anggaran adalah dari 25-35kg.


Induk ini sangat sesuai untuk dikahwinkan dengan Boer Fullblood untuk menghasilkan anak Boer. Kami mempunyai sampel anaknya yang berwarna putih dan berkepala coklat (lihat foto), anak ini boleh dilihat di kandang kami.


Stok adalah terhad, dan tempahan awal dialu-alukan. Harga untuk jualan borong bermula dari RM500 seekor ke atas.

Selasa, 29 April 2008

Stok Kambing Koplo Betina

Kami mempunyai stok kambing koplo betina untuk jualan dengan harga berikut:


1. Dara 9-12 bulan (berat anggaran : 18-20kg) RM5,500 untuk 10 ekor

2. Induk 12 bulan ke atas (Berat anggaran 25-30kg) RM12 ribu untuk 20 ekor.



Kambing-kambing ini telah berada di ladang kami sejak September 2007, iaitu melebihi 7 bulan dan telah mengalami penyesuaian dengan keadaan tempatan. InsyaAllah kesemuanya dalam keadaan sihat.



Penghantaran boleh kami uruskan dengan bayaran berpatutan.

Ahad, 27 April 2008

Kambing Kampung (Kacukan) Jantan Untuk Akikah

Kami telah membawa masuk kira-kira 100 ekor kambing kampung kacukan jantan untuk dijual bagi tujuan sembelihan akikah atau kenduri. Bagaimanapun, kesemua stok telah habis terjual memandangkan telah ada tempahan awal dibuat oleh pelanggan kami dari pelbagai tempat termasuk dari Utara dan Pantai Timur. Oleh itu, kami menasihatkan pembeli yang berminat supaya membuat tempahan awal memandangkan stok yang terhad dan permintaan yang tinggi. Harga jualan adalah RM470 seekor bagi pembelian minima 10 ekor. Bagaimanapun, bagi pembelian melebihi 30 ekor dan dengan membuat tempahan awal, harga masih boleh dirunding. Kami menjangka stok baru akan tiba dalam tempoh 3 minggu dari sekarang. Sila hubungi kami segera untuk membuat tempahan.

Sabtu, 12 April 2008

Kambing Feral Jantan Untuk Akikah/Kenduri

Stok baru kambing feral jantan sudah tiba. Harga jualan adalah seperti berikut:

Saiz kecil (anggaran berat 25kg) - RM420 seekor
Saiz sedang (anggaran berat - 30kg) - RM470 seekor
Saiz besar (anggaran berat - 40kg) - RM 530 seekor

Harga di atas adalah untuk pembelian minima 10 ekor.

Stok Baru Kambing Baka Jamnapari Kacukan

Salam semua...
kini kami telah membawa masuk kambing betina jamnapari kacukan dara untuk jualan. Kambing jamnapari betina sesuai dikahwinkan dengan pejantan Boer fullblood untuk mendapat anak kacukan Boer.

Harga tawaran:
Umur sekitar 9 bulan (anggaran berat 20kg) - RM500 seekor
Umur sekitar 12 bulan (anggaran berat 25kg) - RM600 seekor

Harga di atas adalah untuk pembelian minima 10 ekor dan tidak termasuk penghantaran. Untuk pembelian dengan kuantiti yang lebih besar, harga masih boleh dirunding. Penghantaran boleh diuruskan,

Sabtu, 5 April 2008

Mesin Chopper Rumput Napier

Untuk makluman, kami TIDAK menjual peralatan berikut


Contoh mesin chopper bagi memotong rumput Napier berkuasa elektrik


Mesin chopper ini berkuasa petrol menggunakan enjin Honda


Keterangan peralatan:
Mesin pemotong rumput Napier
Buatan tempatan
Rangka dan badan besi/keluli
Sangat sesuai untuk memotong rumpur Napier bagi kambing
Pilihan kuasa petrol, disel atau elektrik
Harga Pasaran : RM2,500 dan ke atas

Khamis, 3 April 2008

Ubat-ubatan Asas Bagi Pejagaan Kambing

Senarai Ubat-ubatan Asas Penternakan Kambing


Untuk makluman, kami TIDAK menjual ubatan kambng
 1. Prosanex - Ubat Untuk Luka Berulat

Prosanex merupakan ubat luka yang sangat efektif, terutama untuk mengubat luka berulat. Ia adalah semburan aerosol berwarna biru dan sangat mudah digunakan. Keluarkan dan bersihkan dahulu sebarang ulat yang ada di dalam luka ternakan anda. kemudian disembur terus ke tempat luka. Elakkan semburan dari terkena mata, hidung dan mulut ternakan.


Harga tawaran RM39 sebotol



2. Tetravet
- Ubat Puru

Tetravet merupakan semburan berwarna ungu, ubat yang efektif untuk merawat 'puru' yang menyerang mulut ternakan.


3. Vaksin Untuk Pelalian Pneumonia PENTING !!!
(Membantu dalam pencegahan dari gejala pneumonia (pasteurellois), ceret beret (lamb dysentery), kegagalan fungsi buah pinggang (pulpy kidney), tetanus (kancing gigi) dan clostridial metritis (jangkitan melalui tali pusat) dsb.

Nama Vaksin : Heptavac-P

Cara-cara penggunaan:
Suntikan ke bawah kulit di bahagian tengkok, diberi kepada kambing berusia 3 minggu dan ke atas.
Dos 1: 2ml untuk setiap ekor kambing
Dos 'Booster' awal: 2 ml diberi 2-3 minggu selepas Dos 1 diberikan
Dos 'Booster' seterusnya : dalam jangkamasa tidak melebihi 12 bulan

Harga: RM400 sebotol (kandungan 250ml)


4. Dectomax - Ubat cacing

Ubat cacing.
Cara penggunaan: Suntikan ke dalam otot
Nota: boleh diberi kepada induk bunting

Harga:


5. Cidectin (Pour-On)
- Ubat parasit 3-serangkai( cacing/kutu/kurap)

Ubat 3 serangkai jenis sapuan (pour-on) bagi merawat kecacingan, kutu dan kurap pada ternakan. Hanya perlu dilumurkan di atas kulit, iaitu disapu di celah-celah bulu ternakan. Tidak perlu suntikan, ia merupakan alternatif kepada ubat jenis suntikan.

Harga: RM270 (kandungan 250ml)


6. SulphaDimidine - ubat coccidiosis (sejenis protozoa)

Ubat untuk coccidiosis, sejenis protozoa yang 'degil' dan sukar dirawat menggunakan ubat cacing biasa. Simptom penyakit ini adalah kambing menjadi tersangat kurus dan badan kelihatan cengkung, tidak pulih walaupun sesudah diberi rawatan terhadap cacing/kutu/kurap beberapa kali. Sulphadimidine adalah ubat cecair oral iaitu diberi minum terus ke dalam mulut haiwan. Ubat ini perlu diberi secara berulang setiap hari untuk tempoh 2 minggu hingga 1 bulan.

Harga: RM35 sebotol (kandungan 500ml)


7. Scourban Plus - Ubat ceret beret

Dalam bentuk cecair 'emulsion' .
Harga: RM




Senarai Ubat-ubatan Asas Dalam Penternakan Kambing

Untuk mengenali ubat-ubatan asas dalam penternakan kambing, sila klik di sini.

Selasa, 1 April 2008

Benih Rumput Napier Taiwan




Rumput Napier Taiwan yang ditanam di Ladang asSakinah Agro Farm



Benih rumput Napier Taiwan

(Nota: Untuk keluasan satu perempat ekar, anda memerlukan kira-kira 8 guni benih Napier)

Untuk keluasan tanah yang lebih besar, kami cadangkan anda membuat tempahan pukal, iaitu satu lori. Sila hubungi kami bagi merundingkan harga dan penghantaran.


Cara menanam benih rumput Napier

Kawasan tanah yang hendak ditanam rumput Napier haruslah dipersiapkan dengan batas-batas, dengan tanahnya digembur dan dibajakan secukupnya. Tanah haruslah cukup lembab sewaktu rumput hendak ditanam serta di awal proses pertumbuhannya.



Benih rumput Napier Taiwan diambil dari batang rumput yang telah matang, berusia melebihi 4 bulan di mana batangnya sudah keras. Batang ini dipotong sepanjang kira-kira 6 inci setiap satu, dan direndam di dalam air sehingga akarnya mula tumbuh. Setelah itu batang yang telah berakar tadi ditanam secara mendatar di dalam tanah.

Pastikan tanah sentiasa lembab di awal proses pertumbuhan, dan dibajakan secukupnya.



Teknik menanam benih rumput Napier Taiwan



AWAS!!! Terdapat pelbagai spesis rumput Napier di negara kita yang kelihatan hampir serupa. Sebahagiannya tumbuh secara liar di tepi sungai dan di tepi jalanan. Spesis Napier Taiwan merupakan yang terbaik bagi ternakan ruminan kerana kandungan protin yang tinggi. Di samping itu batangnya lembut dan tidak berbulu/bersisik, memudahkan kambing memakannya tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mulut.

Isnin, 24 September 2007

Kambing Feral Untuk Akikah/Korban/Kenduri

Kami kini membawa masuk stok kambing jantan baka Feral dari Australia untuk tujuan akikah/korban/kenduri. Anggran berat setiap ekor adalah 40kg.



Juga terdapat kambing jantan dari baka kacukan kampung dengan berat anggaran 30kg setiap ekor.

Stok di atas adalah untuk jualan borong kepada peniaga (trader) dan penternak. Sila hubungi kami untuk maklumat harga.