Selasa, 9 September 2008

Tawaran Jamnapari Tulen (PE) dan Kacukan


Kami mempunyai 10 ekor Jamnapari Tulen (Peranakan Ettawa) dara dan induk untuk dijual. Harga bermula dari RM900 ke atas.
Untuk melihat gambar-gambar serta keterangan lanjut termasuk harga, sila klik di sini.

Juga kami masih mempunyai stok kira-kira 20 ekor Jamnapari kacukan/koplo induk yang sudah sedia untuk dikahwinkan dengan pejantan. Semuanya dalam keadaan cergas dan sihat, Insya'Allah.

Penghantaran ke mana-mana destinasi di Semenanjong boleh diuruskan dengan kos ditanggong oleh pembeli.

Berminat hubungi Suhaimi 019-2231507

Khamis, 4 September 2008

Pakej Bimbingan Usahawan Ternak

Sila klik di sini untuk keterangan mengenai Program Bimbingan Usahawan Ternak.


HARGA : RM40 ribu

Pakej ini mengandungi perkara-perkara berikut:

A. Kambing Baka
1. 2 ekor pejantan Boer Fullblood (FB)
2. 20 ekor induk betina kacukan berusia antara 15-18 bulan, berat anggaran antara 25-30kg
3. 20 ekor induk betina kacukan berusia antara 12-14 bulan, berat anggaran antara 20-25kg
4. 10 ekor dara kacukan berusia antara 9-11 bulan, berat anggaran antara 15-20kg.

B. Lain-lain (PERCUMA):
1. Bekalan makanan konsentrat (goat palet) yang bermutu tinggi untuk tempoh 4 minggu
2. Supplement
3. Ubat-ubatan asas
4. Kursus & Bimbingan
5. Latihan Praktikal pekerja di ladang kami secara sangkut/'attachment' selama kira-kira 2 minggu di mana pekerja tersebut dilatih membela kambing yang telah dibeli di kandang kami terlebih dahulu.


Penghantaran ke destinasi KL/Selangor/NS.
(Untuk destinasi selain ini, kos minima akan dikenakan)

Rabu, 3 September 2008

Karkas Kambing Boer Segar


Peluang baik untuk pengusaha restoran dan `food caterer` mendapatkan bekalan daging kambing Boer segar !!!

Kami bersedia membekal karkas kambing Boer segar untuk tujuan masakan, kenduri dan barbeque. Harga RM45 per kg tidak termasuk penghantaran (sebagai contoh bag karkas dengan berat bersih 15 kg, harga adalah RM675 . Berat ini adalah tidak termasuk perut, organ dalaman dan kulit). Harga masih boleh dirunding bergantung kepada kuantiti dan kekerapan pembelian.

Berminat hubungi Suhaimi di 019-2231507.

Bekalan Kambing Akikah

Kami mempunyai stok kambing jantan yang cukup umur untuk akikah dari baka Boer dan Rando Indonesia (kampung kacukan ). Harga untuk jualan borong (kuantiti minima 5 ekor) adalah RM580 untuk Boer dan RM480 untuk Rando.

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

Khamis, 14 Ogos 2008

Koplo Induk & Dara Sudah TIba !!!

Kemaskini 16 September 2008 - Jumlah kambing koplo yang masih berbaki 20 ekor
Ladang kami kini mempunyai 200 ekor ternakan kambing untuk ditawarkan kepada bakal pembeli. Terbaru, 100 Ekor kambing koplo induk dan dara dari Indonesia tiba di ladang kami dari kuarantin KLIA pada hari isnin 18 Ogos. Ternakan kami merupakan stok yang terpilih, dibela dengan penjagaan rapi dan pemakanan yang terbaik sejak di kuarantin lagi. Insya'Allah kesemuanya dalam keadaan sihat dan cergas.

Adalah menjadi polisi kami untuk menjual ternakan yang sihat dan cergas sahaja, dan kami sentiasa berusaha untuk mengurangkan risiko ke atas pembeli.

Sila lihat gambar-gambar ternakan yang baru tiba di bawah:



Sebahagian dari stok koplo yang baru tiba

Harga tawaran bagi stok kambing koplo yang baru tiba:
1. Koplo Dara:
Anggaran usia : 8-9 bulan
Anggaran berat : 15-19kg
Harga: RM5,700 untuk 10 ekor HABIS DIJUAL


2. Koplo Induk:
Anggaran usia : 10-12 bulan
Anggaran berat : 20-24kg
Harga: RM6,000 untuk 10 ekor HABIS DIJUAL


3. Koplo Induk:
Anggaran usia : 13-18 bulan
Anggaran berat : 25-30kg
Harga: RM6,500 untuk 10 ekor MASIH BERBAKI 20 EKOR

Dengan penjagaan rapi dan pemakanan sempurna semasa di ladang kami, ternakan ini sedang dalam proses mengalami pemulihan dari 'stress' dengan lancar, Insya'Allah kesemuanya berada dalam keadaan sihat dan cergas.


Jamnapari Tulen
Untuk tawaran induk dan dara jamnapari tulen (PE), sila klik di sini


Kambing akikah
Untuk kambing akikah, kami mempunyai stok kambing BOER bersaiz besar dan kambing RANDO Indonesia, kesemuanya sudah tanggal sekurang-kurangnya sepasang gigi. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini

Berminat hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi).
Penghantaran boleh kami sediakan, bagaimanapun harga yang ditawarkan tidak termasuk kos penghantaran.

Ahad, 20 Julai 2008

Tawaran Koplo Dara

Kemaskini 28 Ogos - Habis Dijual. Sila ke Tawaran Terbaru
Koplo dara dari Indonesia yang kami tawarkan ini, sebahagiannya sudah berada di negara kita sejak awal Mei, manakala sebahagian lagi sejak8jun lalu. Sebahagian besar telah terjual, manakala yang masih berbaki kira-kira 80 ekor ini dibela dengan penjagaan rapi dan pemakanan yang teratur. Berat badan sudah bertambah dan kesemuanya kelihatan cergas dan sihat. Berat anggaran sekitar 20-25kg. Telah diberi rawatan asas seperti antibiotik dan ubat 3-serangkai (cacing, kutu dan kurap).

Insya'Allah telah pulih dari 'stress' dan telah mengalami penyesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Risiko sakit atau kematian adalah rendah berbanding kambing import yang baru tiba.

Kemaskini 10 Ogos : Baki 20 Ekor Sahaja Lagi !!!

Harga RM6ribu sahaja untuk 10 ekor.






Stok koplo dara berjumlah kira-kira 80 ekor, usia dari 10 ke 12 bulan, dengan berat anggaran sekitar 20-25kg.


Khamis, 10 Julai 2008

Tawaran Induk Jamnapari Kacukan

KEMASKINI 30 JAN 2008 ...TIADA TAWARAN TERBARU

Induk jamnapari kacukan dari Indonesia yang kami tawarkan ini sudah berada di negara kita sejak December tahun lalu. Sebahagian besar telah terjual, manakala yang berbaki kira-kira 20 ekor ini kami bela dengan penjagaan rapi dan pemakanan yang teratur. Kesemuanya kelihatan cergas dan sihat, dan Insya'Allah telah pulih sepenuhnya dari 'stress' dan telah mengalami penyesuaian sepenuhnya dengan keadaan di negara kita. Risiko sakit atau kematian adalah sangat rendah berbanding kambing import yang baru tiba.

Kesemuanya telah mula dikahwinkan dengan Pejantan Boer FB, dan jika bernasib baik, banyak yang telah bunting peringkat awal, Insya'Allah.


Harga RM7ribu sahaja untuk 10 ekor.


Kemaskini 9 Ogos: SUDAH HABIS DIJUAL !!!


Stok jamnapari kacukan induk berusia kira-kira 18 bulan, berat anggaran antara 25-30kg


Isnin, 7 Julai 2008

Jamnapari Peranakan Ettawa (PE)

Tawaran terbaru kami adalah induk dan dara Jamnapari tulen (PE). Harga bermula dari RM900 (usia 8 bulan) ke atas. Juga terdapat tawaran jamnapari kacukan dengan harga yang lebih murah.

Bilangan adalah sangat terhad !!!



Untuk keterangan lanjut, sila klik pada gambar di atas.

Sabtu, 5 Julai 2008

Pakej Baka Boer + Koplo/Jamnapari-kacukan

Kami sekali lagi menawarkan pakej tawaran bagi penternakan kambing baka. Terdapat pelbagai pakej yang menarik. Pakej kami menawarkan Pejantan Boer Fullblood (disertakan sijil) dengan pilihan induk/dara dari baka Boer atau jamnapari kacukan dan koplo.




Untuk keterangan lanjut, sila klik pada gambar di atas.

Selasa, 24 Jun 2008

Stok Baru Tiba Lagi !!!

Salam semua...

Stok terbaru kambing kampung kacukan jantan dari Indonesia tiba lagi. Harga borong RM480 seekor. Ladang kami kini mempunyai hampir 300 ekor kambing pelbagai baka untuk ditawarkan kepada pembeli.


Stok kambing kampung kacukan jantan untuk akikah dari Indonesia berjumlah kira-kira 100 ekor. Harga borong untuk pembelian minima 10 ekor ialah Rm480 seekor.

Untuk kuantiti besar, harga masih boleh dirunding.

Ahad, 15 Jun 2008

June Sales - Updated!! 200 Ekor Kambing Untuk Dijual

Salam semua...

Untuk bulan Jun ini, AsSakinah Agro Farm menawarkan hampir 200 ekor kambing-kambing terpilih untuk dijual. Ia terdiri dari kambing baka untuk penternakan dan kambing jantan untuk akikah. Kumpulan ini merupakan kambing-kambing terpilih (berkualiti tinggi) dari stok keseluruhan kambing yang kami import, telah diberi pelbagai rawatan yang perlu, dan diberi makan secara intensif untuk memulihkan keadaan mereka dan mempercepatkan penyesuaian dengan persekitaran baru negara kita. Insya'Allah semuanya dalam keadaan sihat.

Sebahagian dari stok kambing ini telah berada di kandang kami sejak lebih 2 bulan lalu, dan Insya'Allah telah sesuai sepenuhnya dengan persekitaran tempatan.

Bagi kambing baka kami menawarkan induk dari baka Jamnapari 15 ekor (RM900 ke atas), Jamnapari kacukan 20 ekor (RM650 ke atas), Koplo 100 ekor (RM500 ke atas) dan 20ekor Boer f3/f4 dara (RM1,200). Baka jantan pula adalah Boer Fullblood dengan sijil dan Pejantan kacukan Jamnapari/Boer.


Contoh Jamnapari induk berusia kira-kira 1 tahun..



Stok Jamnapari kacukan dara, berusia dari 15 hingga 16 bulan


Stok koplo dara berusia berjumlah kira-kira 100 ekor dari 8 bulan ke atas.





Stok Boer F4 dara berusia 8 bulan ke atas, kuantiti terhad kira-kira 20 ekor sahaja.



Untuk akikah, kami menawarkan feral bersaiz besar/Super (40-45 kg) berharga (borong) RM550 seekor dan kambing kampung Indonesia (22-28kg) berharga RM480 seekor. Penjualan borong kambing akikah adalah berdasarkan tempahan

Kambing Feral jantan untuk akikah



Kambing kampung kacukan jantan dari Indonesia untuk akikah


Berminat hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi).