Assalamualaikum wm wbkh!
Berikut adalah tajuk-tajuk posting terbaru di blog JTK:
1. Kelahiran Pertama 1432H/2011M
2. Baja Urea Sebagai Sumber Alternatif Protin
3. Banjir Di Australia Dan Kenaikan Harga Kambing
Sila layari blog Jom Ternak Kambing, klik di sini.
Khamis, 20 Januari 2011
Selasa, 11 Januari 2011
Maklumat Terbaru Di Blog Jom Ternak Kambing
Berikut adalah tajuk-tajuk artikel terbaru yang kami poskan ke blog Jom Ternak Kambing :
1. Jerami Padi Sebagai Sumber Fiber
2. Keperluan Diet Ruminan
3. Apa itu 'Feed Conversion Ratio' atau FCR?
4. Diet Baru Bagi Kambing Kami
Sila layari blog Jom Ternak Kambing untuk mendapatkan maklumat di atas.

Khamis, 23 Disember 2010
Lawatan Pemantauan
Assalamualaikum wm wbkh!
Semalam, Rabu 22hb Disember, saya sekali lagi berpeluang ke ladang kambing saya di Hulu Langat untuk menghantar bekalan petrol bagi kegunaan mesin chopper dan motosikal. Di samping itu, lawatan saya ini bertujuan untuk memantau keadaan kambing saya setelah saya mengubah pemakanan mereka. Dua hari lalu saya dimaklumkan oleh pekerja saya bahawa seekor induk mengalami sedikit ceret beret yang tidak kritikal, dipercayai kerana memakan terlalu banyak hampas soya. Walau bagaimanapun, nampaknya hari ini ia telah kembali normal dan dalam keadaan sihat walafiat.
Secara umumnya, keadaan kambing saya agak memuaskan berbanding dengan keadaan mereka kira-kira 2 bulan lepas. ...
Untuk artikel seterusnya, sila klik di sini

Isnin, 20 Disember 2010
Memulihkan Kembali Pengurusan Ladang Kambing
Assalamualaikum wm wbkh!
Sudah lama saya tidak mengisi blog ini dengan informasi teknikal berkaitan dengan penternakan kambing. Kesibukan menghadiri kursus bersiri ibadat haji pada setiap sabtu sejak awal tahun sehingga bulan Julai 2010, serta menghadiri program-program lain berkaitan ibadat haji membataskan masa saya untuk menguruskan ladang kambing. Waktu hujung minggu yang terluang pula perlu dihabiskan dirumah untuk menerima kunjungan tetamu/pelanggan showroom arowana. Keadaan kambing peliharaan pula nampaknya semakin merosot... banyak yang kelihatan semakin kurus.
Kami cuba memberikan ubat cacing yang biasa kami berikan secara berkala seperti "Cidectin Pour-on" dan NILZAN, tetapi kali ini ia tidak membuahkan hasil yang kami harapkan .....
Untuk artikel selanjutnya, sila klik di sini

Ahad, 19 Disember 2010
Perubahan Nama Domain Untuk Blog Jom Ternak Kambing
Assalamualaikum wm wbkh!
Untuk makluman pengunjung semua, blog Jom Ternak Kambing yang memaparkan maklumat dan panduan asas penternakan kambing kini telah beralih ke domain blogspot.com. Alamat blog ini kini adalah:
JomTernakKambing.Blogspot.Com
Sekian, terima kasih.

Khamis, 9 Disember 2010
Assalamualaikum semua.....
Assalamualaikum wm wbkh kpd semua pengunjung....
Alhamdulillah saya telah selamat kembali ke tanahair dari Tanah Suci Makkah semalam setelah selesai menunaikan Rukun Islam ke-5, iaitu fardhu haji. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya serta yang mendoakan agar ibadat haji saya diterima oleh Allah swt sebagai haji yang mabrur. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Haji yang mabrur itu tiada lain balasannya melainkan syurga"..
Setelah lebih 45 hari tidah berpeluang ke ladang dan hanya mengharapkan pekerja menguruskan kambing-kambing saya, di samping bertawakkal kepada Allah swt,. hari ini saya bercadang untuk menjengok ladang saya. Harap-harap kesemua kambing peliharaan saya sihat walafiat dan dalam keadaan terurus, InsyaAllah
Sekian.... Assalamualaikum wm wbkh!
Khamis, 21 Oktober 2010
Menjadi Tetamu Allah...
Assalamualaikum wm wbkh pengunjung semua...
Kesibukan mempersiapkan diri untuk menjadi tetamu Allah termasuk menghadiri siri kursus haji di setiap hujung minggu bagi mempelajari ilmu dan selokbelok menunaikan ibadat haji menyebabkan saya jarang sekali berpeluang menghantar posting baru dalam blog ini. Saya dan isteri, InsyaAllah pada hari Sabtu ini 23 hb Oktober 2010, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan fardhu haji. Doa-doakanlah agar dipermudahkan segala urusan haji kami dan semoga kami mendapat haji yang mabrur. Juga agar dipermudahkan perjalanan kami serta semoga kami selamat pergi dan selamat kembali.
Dalam pada itu juga, sepanjang tahun 2010 ini saya agak kurang aktif dalam industri pernternakan kambing kerana sibuk memulakan dan mengembangkan bidang yang baru saya ceburi sejak hampir setahun lalu iaitu bidang akuakultur, khususnya industri membela ikan arowana. Kini alhamdulillah, saya kira ianya sudah agak stabil, sudah mula membuahkan hasil dan sudah memberikan pendapatan bulanan yang agak lumayan.
Saya bercadang untuk aktif semula dalam industri penternakan kambing dan telah merancang untuk membuat beberapa perubahan apabila pulang dari menunaikan fardhu haji nanti, IsyaAlllah, sungguhpun pulangan dari pelaburan dalam industri ini memerlukan masa yang agak lama untuk diperolehi. Semoga ia dapat menjadi aktiviti memenuhi masa lapang serta pulangannya dapat dijadikan sumber pendapatan pada hari tua nanti...insyaAllah
Sekian dahulu...
assalamualaikum wm wbkh!

Rabu, 11 Ogos 2010
Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak
Assalamualaikum wm wbkh!
Sempena kedatangan bulan ramadhan yang penuh berkah ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Sama-samalah kita hidupkan bulan yang mulia ini dengan berpuasa di siang hari, bersolat tarawih pada waktu malam, serta qiam pada tengah malam. Juga sesama kita menambahkan lain-lain ibadah seperti membaca kitab AlQuran dan bersedekah di bulan yang mulia ini.
Semoga kita semua diberi hidayah dan kekuatan oleh Allah untuk beribadah dan dimasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.... amiiin...

Khamis, 10 Disember 2009
SKIM PEMBELIAN BALIK ANAK-ANAK KAMBING CERAI SUSU
Assalamu'alaikum wm wbkh!
Kami di AsSakinah Agro Farm menawarkan SKIM PEMBELIAN BALIK ANAK-ANAK KAMBING CERAI SUSU. Tawaran terbuka kepada pembeli yang membeli yang membeli induk dari kami.
Harga tawaran belian balik anak-anak cerai susu (ikut berat) :
1. Anak betina baka Boer f4/f5 : RM25 per kg
2. Anak betina kacukan : RM20 per kg
3. Anak jantan (utk sembelihan) : RM15 per kg
Dokumen perjanjian boleh diuruskan.
Hubungi kami untuk keterangan lanjut di talian 019-2231507.

Khamis, 29 Oktober 2009
50 Ekor Induk Kambing Kacukan Untuk Dijual
Kemaskini 1 Disember 2009
Kami masih mempunyai stok kira-kira 50 ekor induk koplo (baka kacukan jamnapari dengan kampung) untuk dijual, memangkan kandang kami kini agak sesak dengan anak-anak yang dihasilkan.
Hampir kesemua induk ini pernah melahirkan anak sekali atau 2 kali di ladang kami.
Nota: Sila klik di sini untuk mengenali kambing Koplo

Harga tawaran kami:
Harga jualan borong (minima 10 ekor) : RM590.00 ke atas
Harga masih boleh dirunding untuk pembelian dengan kuantiti yang besar.

Rabu, 14 Oktober 2009
TAWARAN PEMBELIAN ANAK-ANAK KAMBING & BIRI-BIRI JANTAN UNTUK SEMBELIHAN
Assalamu'alaikum pengunjung semua..
Kami memerlukan anak-anak kambing dan biri-biri jantan untuk tujuan sembelihan.
Spesifikasi adalah seperti berikut:
1. Umur : kira-kira 4 bulan ke atas.
2. Berat minima : 15kg
3. Harga tawaran kami : RM14 - RM15 per kg (boleh dirunding, bergantung pada jenis baka dan keadaan anak kambing)
4. Kuantiti diperlukan : tiada had
Kami juga memerlukan kambing jantan berusia 1 tahun ke atas untuk tujuan sembelihan/akikah. Harga tawaran kami RM12-RM14 per kg (boleh dirunding, bergantung kepada jenis baka dan keadaan kambing).
Sesiapa yang mempunyai bekalan dan berminat menjual, sila hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi)

Ahad, 23 Ogos 2009
PENGUMUMAN: PEKERJA LADANG DIPERLUKAN SEGERA
Assalamu'alaikum..
kami memerlukan beberapa orang pekerja ladang untuk bekerja di ladang-ladang kambing di sekitar Hulu Langat. Rakan-rakan penternak yang mempunyai lebihan pekerja, atau mempunyai maklumat tentang orang-orang yang sedang mencari pekerjaan (orang tempatan atau warga asing), sila hubungi saya di talian 019-2231507 (Suhaimi)

Langgan:
Ulasan (Atom)